Categories
Sukan

Main sukan sampai dapat penyakit Parkinson?

Main sukan sampai dapat penyakit Parkinson?

Baru-baru ini dunia NFL (National Football League) dikejutkan dengan berita Brett Favre, seorang pemain lagenda NFL quaterback mempunyai penyakit Parkinson. Parkinson adalah sejenis penyakit yang menyebabkan gangguan pergerakan kronik seperti menggigil, otot kaku, lambat bergerak dll.

Favre menekankan ada potensi bahawa ‘concussion’, gegaran berulang kali pada otak ada kaitan dengan penyakit Parkinson. NFL adalah sejenis sukan lasak dimana pemain selalu berlanggar dengan kuat sesama sendiri untuk ‘tackle’ & ‘block’ pihak lawan.

Menurut Parkinson Foundation, ”Just a single concussion in a lifetime increases the likelihood of eventually being diagnosed by 57%”, USA Today.

Isu ini menekankan kewujudan risiko kesihatan kepada atlet & memastikan atlet mendapat penjagaan yang baik.

Walaupun tiada cara yang pasti untuk mencegah Parkinson, ada beberapa tabiat yang boleh kurangkan risiko

  1. Bersenam secara konsisten seperti jogging, yoga
  2. Diet sihat yang kaya dengan antioksidan & anti-radang untuk kesihatan otak

Main sukan sampai dapat penyakit Parkinson?

  1. Elakkan toksin seperti racun perosak yang disembur pada sayur & buah-buahan. Pastikan makanan yang dimakan bebas daripada racun perosak.
  2. Aktif bersosial untuk sentiasa merangsang minda agar sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori Blog