Kenapa saya masih tak sembuh? ‘Hidden danger’ rintangan antibiotik?
Rintangan antibiotik berlaku apabila bakteria menjadi ‘resistant’, kebal kepada ubat yang direka untuk membunuh mereka. Maka, jangkitan yang dulunya senang untuk dirawat, sekarang menjadi lebih susah.
Apa puncanya? Pertama, penggunaan antibiotik yang berlebihan atau tak perlu untuk sesetengah jangkitan yang mudah. Kedua, tidak menghabiskan dos antibiotik yang diberi oleh doktor atau menggunakan antibiotik tanpa prekripsi doktor. Ketiga, penggunaan antibiotik dalam binatang ternakan. Pengunaan antibiotik dalam binatang ternakan boleh meninggalkan sisa antibiotik dalam produk haiwan seperti susu & daging.
Masyarakat perlu tingkatkan kesedaran & menambah ilmu berkaitan antibiotik agar tidak tersalah guna. Rintangan antibiotik adalah masalah serius yang boleh mengancam kesihatan global.
Sekiranya badan sudah jadi ‘resistant’ kepada antibiotik & susah untuk melawan jangkitan, penting untuk perbanyakkan probiotik dalam pemakanan supaya dapat membantu bakteria baik dalam usus untuk menjaga imun badan. Contoh probiotik adalah seperti yogurt, kefir, dan suplemen prebiotik probiotik.