Categories
Penjagaan kulit

Suami tak guna tuduh bini hodoh, padahal cantik sebelum kahwin

Sebelum kahwin rajin berskincare, duit pun boleh spend banyak sebab hanya untuk diri sendiri. Tiba-tiba lepas berkahwin, kene uruskan suami & rumah. Lepastu beranak, tambah lagi uruskan anak-anak pula.

Mana ada masa untuk jaga diri macam dulu. Suami pula tak membantu dalam hal rumah. Tuduh pula bini dah tak cantik macam dulu.

Nak senang makan jela Glutacol Plus. Suplemen ni bancuh je dalam air atau makan macam tu je. Sehari satu sachet. Terus kulit nampak cantik sebab dia detox badan & kaya dengan antioksida untuk cantikkan kulit daripada dalaman.

L-GLUTATHIONAL WITH COLLAGEN AND VIT C FROM ACEROLA FOR LIFE EXTENSION
L-GLUTATHIONAL WITH COLLAGEN AND VIT C FROM ACEROLA FOR LIFE EXTENSION

Kalau takda masa nak ber 7-step skincare, teguk saja Glutacol Plus.

Categories
Penjagaan kulit Isu kesihatan semasa Kanak-kanak

Hati-hati dengan musuh halimunan atas katil. Silap-silap merah satu badan.

Dah 2 minggu bersin tak berhenti. Bukan bersin je, badan pun gatal-gatal dengan ruam. Pelik betul. Bila tidur rumah kawan, eh elok pulak tak gatal. Ada musuh halimunan dalam rumah ke?

Lah betul! Memang ada musuh halimunan. Rupanya katil banyak hama. Serangga kecil ni lah punca saya gatal-gatal badan & bersin. Cis! Bertuah sungguh. Terus saya basuh cadar tilam & bantal. Tilam pula saya jemur bawah matahari selama beberapa jam.

Tiap kali gatal, mesti akan sapu krim Anti-Itch dari Dr.Nabisar nak hilangkan gatal cepat. Sapu-sapu je lega. Lepas tilam & cadar dah bersih, tidur pun lagi lena sebab dah tak gatal-gatal.

Dr nabisar

Categories
Penjagaan kulit Kanak-kanak

Puas aku pikir kenapa anak asyik gatal, tengok siling Astagfirullah

Jangan disangka bilik yang bersih tiada serangga. Cuba tengok siling, dahlah banyak sawang, serangga kamitetep pun penuh. Lepastu jatuh pula atas katil. Anak pun tidur berguling dengan serangga tanpa sedar.

Patutlah asyik gatal. Setiap kali gatal mesti sapu krim Itch Dr.Nabisar. Anak pun dah tak gatal. Tapi selagi tak buang punca utama, tetap akan gatal juga.

Aku pun terus bersihkan siling & buang segala serangga, sawang yang ada. Alhamdulillah anak dah tak gatal lagi.

Dr nabisar

Categories
Penjagaan kulit

Ey buruknya parut timbul! Rosak kulit saya.

Ey buruknya parut timbul! Rosak kulit saya.

Kulit dah cerah & lembut. Tiba-tiba luka sebab kemalangan. Bila luka dah sembuh, keluar pula parut timbul. Ish buruknya.

Terjumpa dengan kawan. Dia pun pernah luka kat tangan tapi sembuh elok tanpa parut. Bila tanya, dia pakai krim Woundcare dari Dr.Nabisar. Ruginya tak tahu pasal krim ni.

Kalaulah tahu dari awal, mesti parut ni takda. Krim Woundcare ni boleh sembuhkan luka supaya cepat kering & elakkan parut keloid/timbul. Sapu je kat kawasan luka sampai elok.

Lain kali kalau ada luka, saya akan cepat-cepat sapu Woundcare.

Categories
Penjagaan kulit Penyakit Kanak-kanak

Panik cikgu telefon anak berdarah kat sekolah! Rupanya sebab garu kulit gatal.

Panik cikgu telefon anak berdarah kat sekolah! Rupanya sebab garu kulit gatal.

Siapa je tak panik kan? Sampai-sampai rupanya sebab anak asyik menggaru kulit sehingga merekah & berdarah. Sedih tengok dia macam itu.

Anak hidap psoriasis. Penyakit kulit kering berkuping. Penyakit ni tiada ubat untuk sembuh sepenuhnya. Tapi ada ubat untuk merawat.

Saya sapu krim luka dulu ke kawasan yg berdarah untuk cepat kering & sembuh. Baru sapukan krim Sorea dari Dr.Nabisar. Krim ni cepat legakan psoriasis, kurangkan berkuping, lembap & legakan gatal cepat.

Anak pun rasa lebih selesa lepas sapu krim Sorea.

Krim Sorea untuk kulit kering & berkuping
Krim Woundcare untuk luka & kudis
Categories
Penjagaan kulit

Hodohnya! Musuh utama wanita aktif, SUNBURN!

Stressnya bila suka buat aktiviti luar tapi muka asyik jadi gelap sebab ‘sunburn’. Hodohnya. Semua salah matahari! Penat jaga kulit muka cantik-cantik akhirnya jadi kusam & gelap kerana berjemur.

Kalau pakai tudung, boleh nampak kulit muka berbelang hitam putih kat pipi. Nak lindungi kulit daripada matahari mestilah kene pakai sunscreen. Sebaiknya physical sunscreen untuk elak muka jadi gelap.

 

 

 

 

 

Itu perlindungan dari luar. Bagaimana pula membaiki dari dalam? Glutathione adalah antioksida terbaik untuk baiki kulit & detoks badan supaya kulit cantik & tak kusam. Banyak suplemen-suplemen kecantikan yang gunakan Glutathione, antaranya ialah Glutacol Plus.

L-GLUTATHIONAL WITH COLLAGEN AND VIT C FROM ACEROLA FOR LIFE EXTENSION

Nak cantik? Kenalah jaga luar dalam, betul kan?

Categories
Penjagaan kulit

Jerawat: Musuh yang selalu kembali!

Ish jerawat lagi. Sudah cuci muka pun masih naik jerawat. Dari kecil sampai ke besar tidak pernah kalau tidak ada jerawat. Kalau bukan hormon mesti stres la tu puncanya. Jadi jom saya ajar cara kurangkan jerawat dengan lebih berkesan.

 

Langkah pertama, cuci muka mesti dua kali sehari. Lepas cuci jangan lupa untuk pakai pelembap. Nanti kalau tak pakai, kulit jadi kering itulah dia naik jerawat. Contohnya boleh pakai krim hapus jerawat dari Dr. Nabisar. 

Akhir sekali, kalau nak keluar rumah pula wajib pakai pelindung matahari. Mudah je kan rupanya cara untul kawal dan kurangkan jerawat. Yang penting kene tahu cara dan guna produk yang betul.

Categories
Penjagaan kulit

Habis kulit rosak sebab teracun trend ‘viral’ di Tiktok

Habis kulit rosak sebab teracun trend ‘viral’ di Tiktok.

 

Scroll saja Tiktok, mesti akan ada ‘influencer’ kulit glowing & gebu sambil tunjuk rahsia mereka gunakan exfoliating acids atau skrub. Maka, berebut-rebut orang datang beli untuk dapatkan kulit glowing. 

 

Tetapi, mereka tak beri tahu yang trend ini boleh menyebabkan kulit menjadi kering, iritasi & rosak kerana ‘over exfoliate’. Tujuan exfoliate ialah untuk buang kulit mati untuk licinkan tekstur kulit & cerahkan wajah. Tetapi exfoliate berlebihan boleh menyebabkan:

  1. Lapisan kulit rosak
  2. Kulit merah, iritasi, & sensitif
  3. Breakout & jerawat
  4. Kulit kering & berkuping

Influencer hanya menunjukkan kesan baik untuk kulit mereka sahaja, bukan semua jenis kulit. Maka, kita perlu mengenal pasti jenis kulit sendiri & tahu cara untuk menjaga.

Sekiranya kulit telah rosak, cara untuk membaiki semula ialah

  1. Berhenti gunakan exfoliator buat sementara
  2. Sembuhkan lapisan kulit. Gunakan krim pelembap, toner pelembap & pencuci muka yang lembut.  
  3. Pakai pelindung matahari, Sunscreen

4. Elakkan bahan aktif seperti retinol & asid.

 

Tiktok adalah platform yang bagus untuk belajar ilmu-ilmu penjagaan kulit. Tetapi kita juga perlu bijak untuk faham apa yang kulit kita perlukan. Jangan mengejar viral & trend semata-mata kerana setiap kulit adalah berbeza.

Categories
Penjagaan kulit

Nak kulit putih. Selamat ke pakai merkuri?

Nak kulit putih. Selamat ke pakai merkuri? Semua orang nak kulit putih. Di Malaysia, kulit putih adalah ‘standard’ kecantikan untuk perempuan. Standard ini telah dicipta oleh masyarakat sejak dulu lagi. Padahal kulit orang melayu yang asal adalah sawo matang & kuning langsat. Mengapa masyarakat kita obses untuk dapatkan kulit putih?

Adakah kulit putih lebih diterima masyarakat? Mudah dapat kerja? Mudah dapat jodoh? Susah nak terima, tapi memang betul. Maka, makin ramai perempuan mahu pun lelaki terkejar-kejar untuk dapatkan kulit putih. Produk & suplemen putih pun bersepah di pasaran.

Bahan pemutih paling berkesan? Mestilah merkuri. Merkuri adalah bahan yang dapat beri kesan putih dengan sangat cepat. Ia dapat halang penghasilan melanin (bertanggungjawab untuk kulit gelap) & lunturkan warna kulit dengan segera.

Tapi selamatkah pakai merkuri. Produk pemutih di Malaysia penuh dengan produk merkuri. Tahukan merkuri adalah racun? Ia boleh rosakkan sistem saraf, & buah pinggang. Tersilap guna, merkuri juga boleh rosakkan kulit & menjadi ruam, merah-merah, & berisiko kanser kulit.

Berbaloikah rosakkan kesihatan kulit & badan semata untuk dapatkan kulit putih? Tuan puan, gunalah jalan yang selamat untuk dapatkan kulit cerah.

CARA CERAHKAN KULIT DENGAN SELAMAT

Pertama, sentiasa buang kulit mati. Setiap minit, kulit kita akan ‘bersalin’ & hasilkan beribu sel kulit mati. Sekiranya tak dibuang, muka akan jadi kusam, pori-pori tersumbat & jerawat akan timbul. Gunakan ‘exfoliator’ untuk buang kulit mati.

Kemudian, sentiasa lembapkan kulit. Kulit yang lembap adalah lebih sihat. Sel kulit yang sihat akan serap produk penjagaan muka dengan lebih berkesan! Contoh pelembap ialah seperti toner & krim pelembap. Tekstur yang cair seperti toner dapat meresap dalam kulit dengan pantas & lembapkan kulit dengan cepat.

Seterusnya, gunalah krim pemutih yang selamat tanpa merkuri. Terdapat banyak krim pemutih yang menggunakan kebaikan semulajadi dari tumbuhan untuk cerahkan kulit. Contohnya, krim ANTI PIGMENTASI kami.

Krim kami menggunakan teknologi dari ekstrak tumbuhan untuk kurangkan penghasilan melanin (kulit gelap) supaya kulit akan cerah dengan selamat.

Akhir sekali, JANGAN TINGGALKAN SUNSCREEN/ PELINDUNG MATAHARI. Ini adalah langkah paling berkesan untuk cerahkan kulit. Tanpa sunscreen, produk penjagaan kulit tidak dapat berkesan dengan baik. Sinar matahari menyebabkan melanin semakin bertambah, maka kulit makin gelap. Sunscreen kami dapat lindungi kulit anda dari matahari.

Akhir kata, kecantikan adalah subjektif. Utamakan kulit yang sihat sebelum putih. Kulit yang sihat & cantik dapat tingkatkan keyakinan diri & kesihatan mental lebih terjaga.

 

Kategori Blog