‘Aku lelaki, aku kuat. Tak perlu risau berkaitan isu mental’.
Lelaki secara umumnya susah untuk mengaku mempunyai isu kesihatan mental berbanding perempuan. Ini disebabkan oleh stigma masyarakat dimana lelaki perlu jadi kuat & menahan emosi. Stigma ini menghalang lelaki meminta pertolongan berkaitan isu mental.
Mengikut American Psychological Association, lelaki 4 kali lebih cenderung untuk bunuh diri berbanding perempuan, ini adalah akibat tak merawat isu mental.
Untuk menyokong isu kesihatan mental lelaki, masyarakat perlu buka minda & berlapang dada untuk hentikan stigma ‘lelaki perlu kuat’. Kerana lama-kelamaan, isu kesihatan mental pada lelaki akan meningkat naik & beri kesan kepada masyarakat seperti isi keluarga-isteri & anak-anak.