Categories
Isu kesihatan semasa

Produk yang anda beli ada sticker KKM tak?

Jangan dah beli baru menyesal! Cek sebelum bazirkan duit.

Tahu tak ini sticker apa? Inilah pelekat hologram FarmaTag atau sticker KKM. Sticker yang membuktikan produk tersebut telah berdaftar dengan KKM & diyakini selamat, berkesan & berkualiti.

Cara untuk cek boleh muat turun aplikasi FarmaChecker untuk pastikan produk adalah asli & bukan tiruan yang bahaya.

Apa kelebihan ada sticker KKM ni? Fungsinya ialah untuk bagi keyakinan pada pengguna. Sekiranya dapat reaksi buruk daripada ubat, syarikat pengeluar akan bertanggungjawab. Tapi kalau beli produk tanpa stiker KKM, pengguna perlu tanggung sendiri.

Produk di dalam gambar itu ialah krim Phytocool untuk legakan resdung,  hidung sumbat, & sakit kepala. Siap ada claim ”untuk melegakan sinusitis/resdung”. Kalau dah ada KKM claim, takkan produk tak bagus?

Jadi berhati-hatilah sebelum membeli. Tanya pada penjual sekiranya beli secara online ada KKM atau tidak. Nak beli produk tanpa KKM tak salah, tapi apa-apa tanggung sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori Blog