Pencuri Senyap. Ayah dah lupakan saya.
Penyakit dementia adalah pencuri senyap, perlahan-lahan mencuri memori, personaliti, kebolehan kognitif macam perhatian, logik, bahasa & sebagainya tanpa simptom awal.
Mula-mula setakat terlupa 1,2 perkara. Lama-lama kebolehan berfikir & lakukan aktiviti harian dah terganggu. Orang yang dulunya kita kenal dengan baik telah berubah menjadi seorang yang susah mengingat perkara yang mudah, susah berbual, selalu keliru & sedih.
Sehingga sekarang masih belum ada penawar untuk dementia, tapi ada rawatan untuk baiki gejala seperti ubat, terapi kognitif & sebagainya.
Membantu orang yang ada dementia perlu ada kesabaran yang tinggi, komunikasi yang jelas & sabar, kekalkan rutin harian supaya mereka tak keliru, galakkan aktiviti fizikal, pastikan kawasan persekitaran selamat & sokongan emosi.