Alamak! Muda-muda dah botak.
Jangan pelik kalau tengok orang muda dah botak. Bukan ‘style buzz cut’, tapi botak kerana rambut gugur.
Masalah rambut gugur waktu masih muda memang sangat mencabar, Mengikut statistik 2024 dari Medihair, 25% lelaki mula alami rambut gugur dari umur 21 tahun. Punca utama ialah genetik, masalah hormon, stress, kurang nutrisi, atau masalah kesihatan.
Kehilangan rambut pada usia muda boleh menjadi tamparan besar kepada harga diri & ‘confidence’. Rambut selalu berkait dengan identiti & penampilan. Rambut gugur boleh membuat kita rasa malu, gelisah, & bahkan murung. Penting untuk dapatkan sokongan moral dari rakan, keluarga, atau profesional.
Boleh juga gunakan shampoo & tonik rambut yang khusus untuk rangsang pertumbuhan anak rambut supaya lebih lebat, kurang gugur & sihat.