Categories
Penjagaan kulit Isu kesihatan semasa Kanak-kanak

Hati-hati dengan musuh halimunan atas katil. Silap-silap merah satu badan.

Dah 2 minggu bersin tak berhenti. Bukan bersin je, badan pun gatal-gatal dengan ruam. Pelik betul. Bila tidur rumah kawan, eh elok pulak tak gatal. Ada musuh halimunan dalam rumah ke?

Lah betul! Memang ada musuh halimunan. Rupanya katil banyak hama. Serangga kecil ni lah punca saya gatal-gatal badan & bersin. Cis! Bertuah sungguh. Terus saya basuh cadar tilam & bantal. Tilam pula saya jemur bawah matahari selama beberapa jam.

Tiap kali gatal, mesti akan sapu krim Anti-Itch dari Dr.Nabisar nak hilangkan gatal cepat. Sapu-sapu je lega. Lepas tilam & cadar dah bersih, tidur pun lagi lena sebab dah tak gatal-gatal.

Dr nabisar

Categories
Penjagaan kulit Kanak-kanak

Puas aku pikir kenapa anak asyik gatal, tengok siling Astagfirullah

Jangan disangka bilik yang bersih tiada serangga. Cuba tengok siling, dahlah banyak sawang, serangga kamitetep pun penuh. Lepastu jatuh pula atas katil. Anak pun tidur berguling dengan serangga tanpa sedar.

Patutlah asyik gatal. Setiap kali gatal mesti sapu krim Itch Dr.Nabisar. Anak pun dah tak gatal. Tapi selagi tak buang punca utama, tetap akan gatal juga.

Aku pun terus bersihkan siling & buang segala serangga, sawang yang ada. Alhamdulillah anak dah tak gatal lagi.

Dr nabisar

Categories
Penjagaan kulit Penyakit Kanak-kanak

Panik cikgu telefon anak berdarah kat sekolah! Rupanya sebab garu kulit gatal.

Panik cikgu telefon anak berdarah kat sekolah! Rupanya sebab garu kulit gatal.

Siapa je tak panik kan? Sampai-sampai rupanya sebab anak asyik menggaru kulit sehingga merekah & berdarah. Sedih tengok dia macam itu.

Anak hidap psoriasis. Penyakit kulit kering berkuping. Penyakit ni tiada ubat untuk sembuh sepenuhnya. Tapi ada ubat untuk merawat.

Saya sapu krim luka dulu ke kawasan yg berdarah untuk cepat kering & sembuh. Baru sapukan krim Sorea dari Dr.Nabisar. Krim ni cepat legakan psoriasis, kurangkan berkuping, lembap & legakan gatal cepat.

Anak pun rasa lebih selesa lepas sapu krim Sorea.

Krim Sorea untuk kulit kering & berkuping
Krim Woundcare untuk luka & kudis
Categories
Penyakit Kanak-kanak

Asyik terbersin semasa temuduga kerja. Aduh malunya!

Asyik terbersin semasa temuduga kerja. Aduh malunya!

Persiapan mantap, baju kemas, soalan temuduga tak susah. Tapi, asyik nak terbersin sebab resdung. Spoil suasana temuduga kerana hidung berair, bersin & hidung sumbat kerana hingus. Mesti pegawai temuduga pun tak selesa.

Apalah nasib tiba-tiba diserang resdung. Nasib baik bawa krim Phytocool dalam poket. Minta izin untuk sapu kat bahagian hidung, dalam lubang hidung & dahi sedikit. Alhamdulillah terus lega resdung. Temuduga pun boleh bersambung dengan aman. 

Categories
Penyakit Kanak-kanak

Bos kaki hisap rokok, kerap batuk sampai ganggu mesyuarat!

Bos kaki hisap rokok, kerap batuk sampai ganggu mesyuarat!

Setiap kali nak berbual atau berbincang, ada saja bunyi batuk yang kuat daripada bos. Sekali sekala itu normal, tapi kalau setiap 5 minit?

Ni semua sebab rokok. Kalau boleh sehari satu kotak boleh habiskan. Begitu kuat bos punya ketagihan. Bila makan bersama rakan sekerja, pasti dia akan bakar sebatang & berborak sambil menghisap.

Berkahak pula. Batuk & kahak itu kerana saluran pernafasan bos dah penuh dengan kimia, maka badan akan “trigger” batuk untuk keluarkan kimia-kimia ni.

Cara paling bagus untuk henti batuk ialah berhenti merokok. Tapi orang yang ketagih memang sangat sukar untuk berhenti. Alternatif lain ialah menggunakan ubat batuk.

Ubat batuk berfungsi untuk cairkan kahak & kurangkan batuk. Selagi tidak berhenti merokok, batuk tetap akan ada. Tapi sekurangnya ia berkurang daripada tidak makan apa-apa ubat batuk.

Ubat batuk yang bagus juga tak mengantuk & selamat untuk pesakit kencing manis kerana tak gunakan gula berkalori.

Categories
Penyakit Kanak-kanak

Mata Asyik Berkelip? Kenali Myokymia Akibat Main Telefon

Mata Asyik Berkelip? Kenali Myokymia Akibat Main Telefon.

Pergilah mana-mana pun, banyak budak-budak kecil yang akan menghadap skin gajet seperti telefon, tablet & sebagainya. Mak ayah pula biarkan untuk bagi mereka diam.

Maka dari kecil dah ramai yang mula pakai spek mata. Kecik-kecik dah ada masalah rabun. Tapi pernah nampak anak ni mula berkelip-kelip tak terkawal?

Ini namanya Myokymia. Myokymia ialah keadaan bila otot sekitar mata mula ”contract” tanpa kawal. Puncanya adalah mata letih, stress, mata tegang akibat merenung skin gajet terlampau lama.

Penyakit ini kebiasaannya akan pergi sendiri. Tapi sebaiknya berhenti merenung gajet terlalu lama, dapatkan rehat yang cukup, diet yang sihat. Sekiranya teruk, boleh refer kepada pakar mata untuk nasihat & ubat.

Untuk menambah kesihatan mata, boleh cuba Nabisar Eye Vision Capsule. Kaya dengan nutrien & vitamin yang bagus untuk menambah kualiti penglihatan, kurangkan mata letih & kurangkan macular degeneration.

Categories
Isu kesihatan semasa Kanak-kanak

Batuk kahak sampai dada rasa tersumbat, cuba makan lada.

Eh makan lada? Betul ke?

Dari zaman kuno Ayurveda lagi, mereka dah amalkan makan lada panjang untuk legakan kahak. Kenapa? Lada panjang ada bahan ‘expectorant’ iaitu Piper Longum untuk mencairkan kahak & legakan saluran pernafasan.

Cara gunakan ialah hancurkan lada sehingga jadi serbuk & campur ke dalam air. Boleh juga rebus & minum ekstrak rebusan & campur dengan madu atau halia. Pelbagai resipi boleh cuba untuk melegakan kahak. Tetapi, perlu berhati-hati untuk beri kanak-kanak kerana risau spices terlalu pekat.

Kalau nak ubat batuk yang selamat untuk kanak-kanak atas 2 tahun sehingga dewasa, boleh cuba Nabisar Cough Syrup. Tak mengantuk, selamat untuk pesakit kencing manis, tiada bahan kimia & toksik & yang paling penting, legakan batuk & kahak serta merta!

Categories
Kanak-kanak

Anak menangis sakit telinga, kenapa asyik terjadi?

Anak menangis sakit telinga, kenapa asyik terjadi? Balik sekolah anak menangis telinga rasa sakit & tersumbat. Kenapa budak-budak asyik kena?

Satu masalah kesihatan yang sering terjadi pada kanak-kanak berbanding orang dewasa ialah jangkitan telinga. Ada beberapa punca kenapa ia terjadi.

  1. Tiub Estachian: Pada kanak-kanak, tiub Estachian yang menghubungkan telinga tengah ke belakang hidung & belakang tekak adalah lebih pendek, sempit, dan lebih mendatar. Ini memudahkan bakteria & virus mencapai telinga tengah & menyebabkan jangkitan.
  2. Sistem imun: Sistem imun kanak-kanak masih berkembang, menjadikan mereka kurang berkesan untuk lawan jangkitan.
  3. Jangkitan lain: Kanak-kanak senang mendapat selsema & jangkitan lain, yang boleh menyebabkan jangkitan telinga.
  4. Terdedah pada kuman: Kanak-kanak di pusat jagaan atau sekolah terdedah kepada banyak kuman, tingkatkan risiko jangkitan.

Penting untuk kanak-kanak, & orang dewasa sekalipun untuk meningkatkan imun badan supaya boleh melawan penyakit. Immune booster adalah suplemen kesihatan yang khas untuk meningkatkan imun seisi keluarga.

 

Kategori Blog