Bos kaki hisap rokok, kerap batuk sampai ganggu mesyuarat!
Setiap kali nak berbual atau berbincang, ada saja bunyi batuk yang kuat daripada bos. Sekali sekala itu normal, tapi kalau setiap 5 minit?
Ni semua sebab rokok. Kalau boleh sehari satu kotak boleh habiskan. Begitu kuat bos punya ketagihan. Bila makan bersama rakan sekerja, pasti dia akan bakar sebatang & berborak sambil menghisap.
Berkahak pula. Batuk & kahak itu kerana saluran pernafasan bos dah penuh dengan kimia, maka badan akan “trigger” batuk untuk keluarkan kimia-kimia ni.
Cara paling bagus untuk henti batuk ialah berhenti merokok. Tapi orang yang ketagih memang sangat sukar untuk berhenti. Alternatif lain ialah menggunakan ubat batuk.
Ubat batuk berfungsi untuk cairkan kahak & kurangkan batuk. Selagi tidak berhenti merokok, batuk tetap akan ada. Tapi sekurangnya ia berkurang daripada tidak makan apa-apa ubat batuk.
Ubat batuk yang bagus juga tak mengantuk & selamat untuk pesakit kencing manis kerana tak gunakan gula berkalori.