Categories
Isu kesihatan semasa

Sakit lepas makan buah anggur Shine Muscat. Rupanya ada racun serangga!

Jatuh sakit lepas makan buah. Eh? Bukan patut makin sihat ke?

Anda tahu ke apa yang anda telan masuk ke badan? Walaupun namanya buah, tapi tak semestinya sihat. Seperti kes baru-baru ini, FDA Thailand mendakwa terdapat 14 bahan kimia melebihi tahap keselamatan & 22 bahan tak terkawal pada buah anggur Shine Muscat. Antara bahan kimia bahaya adalah chlorpyrifos & endrin aldehyde. 

Ia adalah racun serangga. Bayangkan berapa banyak manusia yang sudah tertelan racun-racun bahaya ini. Walaupun dah basuh , tapi sisa racun serangga masih boleh ada di buah. Kerana itu ramai yang mula utamakan buah-buahan organik.

Penanam buah pun harus bertanggungjawab untuk mengikut peraturan yang telah ditetapkan pihak berkuasa. Pada yang batuk-batuk setelah makan buah itu, gunakan Ubat Batuk Nabisar untuk hilangkan batuk & tingkatkan imun badan kerana ia kaya dengan vitamin C.

 

Categories
Isu kesihatan semasa

Produk yang anda beli ada sticker KKM tak?

Jangan dah beli baru menyesal! Cek sebelum bazirkan duit.

Tahu tak ini sticker apa? Inilah pelekat hologram FarmaTag atau sticker KKM. Sticker yang membuktikan produk tersebut telah berdaftar dengan KKM & diyakini selamat, berkesan & berkualiti.

Cara untuk cek boleh muat turun aplikasi FarmaChecker untuk pastikan produk adalah asli & bukan tiruan yang bahaya.

Apa kelebihan ada sticker KKM ni? Fungsinya ialah untuk bagi keyakinan pada pengguna. Sekiranya dapat reaksi buruk daripada ubat, syarikat pengeluar akan bertanggungjawab. Tapi kalau beli produk tanpa stiker KKM, pengguna perlu tanggung sendiri.

Produk di dalam gambar itu ialah krim Phytocool untuk legakan resdung,  hidung sumbat, & sakit kepala. Siap ada claim ”untuk melegakan sinusitis/resdung”. Kalau dah ada KKM claim, takkan produk tak bagus?

Jadi berhati-hatilah sebelum membeli. Tanya pada penjual sekiranya beli secara online ada KKM atau tidak. Nak beli produk tanpa KKM tak salah, tapi apa-apa tanggung sendiri.

 

Categories
Isu kesihatan semasa

Achoo! Musim hujan ni asyik selsema bersin je.

Achoo! Musim hujan ni asyik selsema bersin je.

Keluar rumah, hujan. Balik rumah, hujan.

Baju tak kering sebab cuaca selalu basah & lembap je. Nak pergi kerja, dahi rasa panas pulak. Hidung pun berair & asyik bersin tak berhenti.

Kenapa ya? Bila cuaca hujan, sejuk & suhu jatuh, imun badan jadi makin lemah. Udara sejuk membuatkan salur darah pada saluran pernafasan mengecut. Maka, sel imun tak banyak yang sampai ke kawasan itu. Jadi, kita pun senang selsema, batuk dll.

Yang selsema sampai hidung sumbat, boleh cuba sapu krim resdung kat hidung untuk lega cepat. Krim ni boleh hilangkan sumbat & bersin serta merta. Rasa sejuk-sejuk berangin je. Yang batuk pula, makan ubat batuk untuk legakan tekak & kahak.

Categories
Isu kesihatan semasa Kanak-kanak

Batuk kahak sampai dada rasa tersumbat, cuba makan lada.

Eh makan lada? Betul ke?

Dari zaman kuno Ayurveda lagi, mereka dah amalkan makan lada panjang untuk legakan kahak. Kenapa? Lada panjang ada bahan ‘expectorant’ iaitu Piper Longum untuk mencairkan kahak & legakan saluran pernafasan.

Cara gunakan ialah hancurkan lada sehingga jadi serbuk & campur ke dalam air. Boleh juga rebus & minum ekstrak rebusan & campur dengan madu atau halia. Pelbagai resipi boleh cuba untuk melegakan kahak. Tetapi, perlu berhati-hati untuk beri kanak-kanak kerana risau spices terlalu pekat.

Kalau nak ubat batuk yang selamat untuk kanak-kanak atas 2 tahun sehingga dewasa, boleh cuba Nabisar Cough Syrup. Tak mengantuk, selamat untuk pesakit kencing manis, tiada bahan kimia & toksik & yang paling penting, legakan batuk & kahak serta merta!

Categories
Isu kesihatan semasa

Jatuh sakit selepas rumah banjir.

Jatuh sakit selepas rumah banjir.

Sekarang musim hujan lebat, banjir kilat asyik terjadi terutamanya di kawasan bandar atau perumahan yang rendah. Perkara pertama yang kita fokus bila banjir ialah keselamatan diri & harta benda. Tapi ramai yang abaikan kesan selepas banjir kepada kesihatan.

Air banjir itu sangatlah kotor. Penuh dengan selut lumpur, sampah, air longkang, & dll. Jangan terkejut kalau ramai yang demam & sakit-sakit selepas terkena air banjir. Ini kerana air banjir tu penuh dengan bakteria & virus.

Antara penyakit yang bahaya ialah Leptospirosis, akibat jangkitan sejenis bakteria yang tinggal dalam tanah. Bakteria ini boleh masuk melalui luka yang terbuka & menyebabkan muntah, demam & kalau teruk, buah pinggang boleh gagal.

Elakkan pergi ke kawasan banjir sekiranya ada luka terbuka. Tingkatkan imun badan untuk elak senang kena jangkitan. Minum Immune Booster untuk menjaga kesihatan badan.

Categories
Isu kesihatan semasa

Kenapa saya masih tak sembuh? ‘Hidden danger’ rintangan antibiotik?

Kenapa saya masih tak sembuh? ‘Hidden danger’ rintangan antibiotik?

Rintangan antibiotik berlaku apabila bakteria menjadi ‘resistant’, kebal kepada ubat yang direka untuk membunuh mereka. Maka, jangkitan yang dulunya senang untuk dirawat, sekarang menjadi lebih susah.

Apa puncanya? Pertama, penggunaan antibiotik yang berlebihan atau tak perlu untuk sesetengah jangkitan yang mudah. Kedua, tidak menghabiskan dos antibiotik yang diberi oleh doktor atau menggunakan antibiotik tanpa prekripsi doktor. Ketiga, penggunaan antibiotik dalam binatang ternakan. Pengunaan antibiotik dalam binatang ternakan boleh meninggalkan sisa antibiotik dalam produk haiwan seperti susu & daging.

Masyarakat perlu tingkatkan kesedaran & menambah ilmu berkaitan antibiotik agar tidak tersalah guna. Rintangan antibiotik adalah masalah serius yang boleh mengancam kesihatan global.

Sekiranya badan sudah jadi ‘resistant’ kepada antibiotik & susah untuk melawan jangkitan, penting untuk perbanyakkan probiotik dalam pemakanan supaya dapat membantu bakteria baik dalam usus untuk menjaga imun badan. Contoh probiotik adalah seperti yogurt, kefir, dan suplemen prebiotik probiotik.

 

Kategori Blog