Categories
Penjagaan kulit

Nak kulit putih. Selamat ke pakai merkuri?

Nak kulit putih. Selamat ke pakai merkuri? Semua orang nak kulit putih. Di Malaysia, kulit putih adalah ‘standard’ kecantikan untuk perempuan. Standard ini telah dicipta oleh masyarakat sejak dulu lagi. Padahal kulit orang melayu yang asal adalah sawo matang & kuning langsat. Mengapa masyarakat kita obses untuk dapatkan kulit putih?

Adakah kulit putih lebih diterima masyarakat? Mudah dapat kerja? Mudah dapat jodoh? Susah nak terima, tapi memang betul. Maka, makin ramai perempuan mahu pun lelaki terkejar-kejar untuk dapatkan kulit putih. Produk & suplemen putih pun bersepah di pasaran.

Bahan pemutih paling berkesan? Mestilah merkuri. Merkuri adalah bahan yang dapat beri kesan putih dengan sangat cepat. Ia dapat halang penghasilan melanin (bertanggungjawab untuk kulit gelap) & lunturkan warna kulit dengan segera.

Tapi selamatkah pakai merkuri. Produk pemutih di Malaysia penuh dengan produk merkuri. Tahukan merkuri adalah racun? Ia boleh rosakkan sistem saraf, & buah pinggang. Tersilap guna, merkuri juga boleh rosakkan kulit & menjadi ruam, merah-merah, & berisiko kanser kulit.

Berbaloikah rosakkan kesihatan kulit & badan semata untuk dapatkan kulit putih? Tuan puan, gunalah jalan yang selamat untuk dapatkan kulit cerah.

CARA CERAHKAN KULIT DENGAN SELAMAT

Pertama, sentiasa buang kulit mati. Setiap minit, kulit kita akan ‘bersalin’ & hasilkan beribu sel kulit mati. Sekiranya tak dibuang, muka akan jadi kusam, pori-pori tersumbat & jerawat akan timbul. Gunakan ‘exfoliator’ untuk buang kulit mati.

Kemudian, sentiasa lembapkan kulit. Kulit yang lembap adalah lebih sihat. Sel kulit yang sihat akan serap produk penjagaan muka dengan lebih berkesan! Contoh pelembap ialah seperti toner & krim pelembap. Tekstur yang cair seperti toner dapat meresap dalam kulit dengan pantas & lembapkan kulit dengan cepat.

Nak kulit putih. Selamat ke pakai merkuri?

Seterusnya, gunalah krim pemutih yang selamat tanpa merkuri. Terdapat banyak krim pemutih yang menggunakan kebaikan semulajadi dari tumbuhan untuk cerahkan kulit. Contohnya, krim ANTI PIGMENTASI kami.

Nak kulit putih. Selamat ke pakai merkuri?

Krim kami menggunakan teknologi dari ekstrak tumbuhan untuk kurangkan penghasilan melanin (kulit gelap) supaya kulit akan cerah dengan selamat.

Akhir sekali, JANGAN TINGGALKAN SUNSCREEN/ PELINDUNG MATAHARI. Ini adalah langkah paling berkesan untuk cerahkan kulit. Tanpa sunscreen, produk penjagaan kulit tidak dapat berkesan dengan baik. Sinar matahari menyebabkan melanin semakin bertambah, maka kulit makin gelap. Sunscreen kami dapat lindungi kulit anda dari matahari.

Nak kulit putih. Selamat ke pakai merkuri?

Akhir kata, kecantikan adalah subjektif. Utamakan kulit yang sihat sebelum putih. Kulit yang sihat & cantik dapat tingkatkan keyakinan diri & kesihatan mental lebih terjaga.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori Blog