Dari kawan menjadi lawan. Mikrob badan pemusnah dari dalam?
Mikrob adalah mikroorganisma yang tinggal secara semulajadi dalam badan kita seperti bacteria & fungus. Mereka ada di pelbagai tempat seperti usus, kulit, mulut dll. Mikrob ini penting untuk membantu fungsi badan & kekalkan kesihatan.
Tetapi, ada sebuah kes dimana mikrob badan boleh menjadi bahaya. Bakteria bernama C.diff tinggal di usus dalam bilangan kecil. Tetapi bila mikrob usus tak seimbang, bakteria C.diff ini membiak berlebihan & menyebabkan jangkitan.
Puncanya adalah bila ambil antibiotik, bakteria baik pun dibunuh maka mikrob pun tak seimbang. C.diff menghasilkan toksin yang merosakkan permukaan usus.
Untuk memastikan persekitaran mikrob badan sentiasa seimbang, banyakkan makan probiotik. Hanya ambil antibiotik bila sangat perlu sahaja untuk kurangkan kekacauan pada mikrob usus.
Penting untuk kita menjaga kesihatan badan dengan cara memastikan mikrob badan seimbang.