Anda pernah tak jumpa orang yang susah betul nak dengar cakap. Benda ini mesti buat korang fikir kenapa dia macam tu eh?
Sebenarnya banyak punca seseorang tu taknak dengar cakap. Contohnya bila seseorang tu rasa diri dia terasing. Ataupun bila dia rasa orang lain susah nak faham dia.
Jadi, apa yang korang boleh cuba ialah korang boleh bagi lebih daripada satu nasihat. Nanti, diorang boleh pilih sendiri nasihat mana yang diorang rasa diorang boleh terima. Dengan cara ini, mungkin dia akan jadi lebih senang untuk terima nasihat atau teguran.
Oleh itu, komunikasi dua hala yang lebih berkesan boleh berlaku sekiranya anda mengetahui punca dan cara mengatasi tingkah laku ini.