Ramai orang nak jadi baik…tapi agak susah bagi kita untuk membuat kebaikan..Bila kita berbuat baik kadang-kadang kita persoalkan ‘Baik ke aku?’..kadang kala kita berasa berdosa atas kesilapan yang lalu, menyesal lalu kita membuat sedikit kebaikan..tetapi berbaloi ke? Cukup ke kebaikan yang aku buat itu untuk menampung dan menutup dosa yang lalu?
Tiada orang boleh menjadi baik secara tiba-tiba..ia mengambil sedikit masa..kadang kala kita rasa seperti perlu ada seseorang untuk perhati kita atau teman kita bila nak jadi baik ni…sebenarnya, dalam kehidupan seharian kita, kadang-kadang kita tak sedar kita boleh membuat banyak kebaikan setiap masa..Bagi seorang ibu, jika anda menjaga anak anda dengan baik dan amanah secara tidak langsung anda sudah menjadi seorang ibu yang baik..bagi seorang ayah memberi nafkah keluarga yang cukup menurut Islam sudah membuat kamu menjadi seorang ketua keluarga yang baik. Bagi seorang anda yang bekerja, melakukan tugas kerja dengan baik untuk majikan sudah menjadikan anda seorang pekerja yang baik. Bagi menjadi masyarakat yang baik, dengan adanya sifat menjaga alam sekitar dan menggunakan kemudahan awam dengan baik juga telah menjadikan diri anda dalam kalangan orang yang baik-baik dan menjadi hamba kepada Yang Maha Esa, melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya cukup membuatkan kita menjadi insan yang baik..
Lagi-lagi dengan zaman sekarang..teknologi di hujung jari sahaja, tanpa sedar kita mudah menyebarkan berita palsu dan tidak benar.. Begitu juga dengan masalah dalaman sesetengah individu, yang sentiasa menunjuk kekayaan dan barangan peribadi mereka, mereka ini sebenarnya golongan yang terpaksa menunjuk sesuatu bagi mendapatkan perhatian orang ramai dan keyakinan mereka, disebabkan itulah rata-rata mereka yang hidup dalam kehidupan sebegini rasa perlu untuk menunjuk supaya orang lain hormat dan tahu siapa dirinya..sama-samalah kita muhasabah diri..
Leave a reply