Dalam kita penat bekerja, pergi kerja pada pagi hari… balik kerja pula waktu senja… ada satu hari yang meraikan pekerja, selain daripada Hari Pekerja. Apakah hari itu? Haaa… Tahukah anda, ada satu hari yang meraikan Hari Gembira di Tempat Kerja Sedunia (International Day of Happiness in the Office). Hari itu disambut pada 27 Oktober setiap tahun.
Menarik bukan?
Bagi meraikan hari ini sebagai hari gembira di tempat kerja, saya akan berikan 4 sebab kenapa anda perlu gembira di tempat kerja.
4 SEBAB ANDA PERLU HAPPY DI TEMPAT KERJA.
- Rakan sekerja yang ceria.
Mempunyai rakan sekerja yang ceria, boleh menggembirakan hari anda. Pekerja yang ceria dan happy go-lucky membuatkan anda bersemangat untuk melakukan kerja dengan gurau sendanya. Tidaklah anda stress sepanjang hari di pejabat. Ada jugalah lawaknya yang buatkan kita ketawa bagi lepaskan tekanan di tempat kerja. Selain itu, rakan sekerja yang positif juga membantu anda melakukan kerja dengan penuh positif.
- Melakukan kerja yang anda suka.
Dapat bekerja dalam bidang yang kita arif dan suka, adalah satu bonus. Enjoy dengan kerja yang kita lakukan, adalah suatu nilai tambah yang membuatkan kita happy di tempat kerja. Sebagai contoh, seorang tukang sapu di stesen monorail dapat menyapu dengan cepat, teratur serta bersih, kerana dia enjoy dengan kerjanya. Dia mahir dalam kerjanya kerana dia enjoy.
- Kelebihan daripada syarikat.
Sebenarnya, kelebihan diberikan oleh syarikat adalah faktor kita happy di tempat kerja. Kelebihan seperti cuti pada hari lahir, bonus setiap tahun, serta kos perubatan yang ditanggung membuatkan kita setia kepada syarikat. Di negara luar, pada musim sejuk ada pelbagai perayaan yang diadakan seperti Valentine Day, New Year celebration, dan Hari Natal. Adanya perayaan seperti ini adalah kerana mereka ingin rakyat negaranya gembira dan bercuti ketika musim sejuk, yang sememangnya merupakan musim tekanan bagi mereka, kerana suhu sejuk. Jadi, kelebihan pekerjaan yang diberikan oleh syarikat membuatkan kita happy di tempat kerja.
- Maklum balas positif daripada syarikat.
Pujian daripada syarikat kepada kita adalah perkara yang membuatkan kita gembira di tempat kerja. Satu per lima masa diperuntukkan di tempat kerja, maka pujian dan ganjaran daripada majikan adalah moment yang membuatkan kita berasa puas dengan hasil usaha kita. Kata-kata motivasi dan positif daripada majikan mempengaruhi mood kita, maka jika dipuji dan dihargai pastinya kita akan gembira.
Kepada semua pekerja, bekerjalah dengan ikhlas dan gembira. Ya, terkadang tekanan kerja membuatkan kita stress dan murung sepanjang hari. Namun, jangan biarkan tekanan itu menguasi diri… sentiasa positif dan tenang. Amalkan gaya kehidupan yang sihat seperti jogging atau lakukan aktiviti yang kita minat selepas waktu pejabat untuk kita lepaskan tekanan kerja.
Leave a reply