Sakit gigi teruk betul hari ini. Klinik doktor gigi belum buka lagi. Baru pukul 4 pagi.  Macam mana ini? Tak tahan betul. Ubat apa yang saya boleh letak ya supaya sakit ini hilang? Letih betul berfikir. Sakit ini lebih teruk dari sakit pinggang. Tahanlah sakit itu sehingga jumpa doktor gigi pukul 9.30pagi. Doktor bagi ubat tahan sakit dan bagi antibiotik, kata ada jangkitan di gusi. Dapat cuti 2 hari. Merana betul sehingga saya telan ubat tahan sakit. Dalam 15 min sakit mula reda dan saya terlelap…… Jangan mengabaikan masalah gigi ini.

Sakit gigi atau sakit gusi selalu terjadi. Jadi kita perlu menjaga gigi dan gusi kita dengan betul. ‘Dental care ini mandatory’ atau wajib. Kena gosok sekurang kurangnya pagi dan malam, kalau tidak setiap kali selepas makan. Amalkan juga urut gusi selepas gosok gigi diwaktu malam sebelum tidur.

Mengurut gigi dengan perlahan-lahan dapat melancarkan pengaliran darah ke gusi dan gigi. Ini akan membawa lebih nutrient dan bio-molekul yang mempertahankan badan ke gusi dan gigi. Gigi dan gusi akan bertambah sihat, kuat dan tidak mudah dijangkiti.  Gusi tidak mudah berdarah atau mudah sakit.

Kesihatan gusi dan gigi akan bertambah baik.  Gusi yang terlalu bengkak jadi digosok kerana ianya mengalamai keradangan akibat jangkitan. Tetapi gusi yang sedikit bengkak boleh diurut dengan perlahan-lahan. Bila ini dilakukan sakit gigi akan bertambah kurang dan anda akan rasa lega. Ianya membuang rasa sakit kat gigi dan gusi.

Gigi juga akan bertambah ngilu bila telah digunakan dengan banyak atau mempunyai gigi sensitive. Dalam keadaan ini amatlah penting untuk memilih ubat gigi yang sesuai yang mengatasi nyilu gigi. Hingga hari ini susah nak cari ubat gigi yag boleh membuang rasa nyilu sama sekali. Satu nasihat yang baik ialh untuk tidal memakan makanan yang terlalu panas atau sejuk. Biarka makanan atau minuman kembali ke suhu bilik sebelum memakannya.

Kadang-kadang kita tengah makan dan duri ikan mencucuk gusi. Adahoi, sakitnya. Ada masa kita boleh mengeluarkan duri ini dna ada masa terlalu susah untuk mengeluarkannya dan ada masa ianya tidak boleh dikeluarkan sehingga kita perlu  jumpa doktor gigi untuk mengeluarkannya. Ada masa kita rasa malas dan duri dalam gusi ini akan mengakibatkan jangkita dan nanah akan terjadi dan ini membimbangkan kalau tempat bernanah ini berada dekat saluran darah. Ini boleh meracunkan dan membawa kebangkakan yang teruk dan boleh memudaratkan.

Gigi geraham ini pula bila sakit, teruk rasanya dan sakit gigi gerham ini kalau tak boleh selamatkan gigi, gigi perlu dibuang. Doktor gigi mesti nasihatkan kita bila buang gigi geraham pakai gigi palsu atau transplant kalau tidak gigi akan beranjak. Kos untuk transplan agak mahal dan bukan semua orang mampu.

Penjagaan gigi dengan betul adalah penting untuk kesihatan gigi dan boleh menolong untuk kita makan untuk jangkamasa yang panjang. Jika tidak dijaga dengan baik, macam macam masalh timbul dengan kita terpaksa hidup tanpa gigi atau memakan gigi palsu. Dalam situasi ini bila makan, kita tak berasa natural tapi terpaksa sesuaikan dengan norma baru dan ini akan menambil masa untuk menyesuaikan dan rasa selesa dengan gigitan kita.

Produk penyelidikan kami Teetho Gel dapat mengilangkan rasa sakit gusi dan gigi. Pada masa yang sama ianya akan melegakan rasa sakit tersebut. Teetho gel juga bila digunakan keatas gigi longgar, gigi tersebut akan bertambah kuat dan kemungkinan besar terpacak balik pada tempat asal. Ianya mencegah jangkitan virus dan anti bakteria kerana bersifat anti viral dan anti microbial. Ianya dibuat 100% dari herba semulajadi untuk menjaga kesihatan dan kesejahteran gigi dan gusi anda.