PRESS RELEASE: UTUSAN ONLINE

Produk Dr Nabisar berasaskan herba

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
fazrina.kamal@utusan.com.my
PENDEDAHAN tentang kandungan produk penjagaan kulit wajah yang tidak berkesan dan berbahaya oleh media telah membuka mata pengguna untuk memilih produk yang selamat dan berkesan.

Senario ini mendorong seorang saintis dan ahli perniagaan, Dr. Nabisar Mustan menghasilkan produk penjagaan kulit wajah berasaskan herba dan menggunakan enam teknologi khas untuk wajah.

“Untuk menghasilkan produk ini saya melakukan kajian terperinci dalam memilih teknologi yang sesuai untuk kulit wajah, berkesan, selamat dan tidak mahal,” jelas beliau.

Menurut Dr. Nabisar, produk yang mengambil sempena namanya itu, tiada kesan pengelupasan, tidak menggunakan hidrokuinon, boleh digunakan oleh wanita dan lelaki, termasuk wanita mengandung.

“Dalam menghasilkan formulasi terbaik untuk kulit wajah lelaki dan wanita, saya menggunakan herba terpilih yang didapati dari seluruh pelosok dunia.

“Keunggulan formulasi herba Dr Nabisar menitikberatkan elemen pencerahan, awet muda, pemakanan untuk kulit (vitamin dan antioksida) serta perlindungan kulit,” jelas beliau.

Dr. Nabisar menggunakan enam teknologi khas untuk kulit wajah iaitu teknologi pencerah kulit, awet muda, pelembap maksimum, enzim, kejuruteraan vitamin C dan penyerapan maksimum, selain tampil tampil dengan set pencerah dan set rejuvenasi.

Produk Dr Nabisar juga telah melalui ujian alahan, mikrobiologi dan ujian keracunan untuk memastikan ia tidak memudaratkan kesihatan.

“Kami juga mengikuti prosedur perundangan dalam menghasilkan produk ini dan sijil turut diperoleh kerana kami berjaya mematuhi prosedur tersebut,” katanya. Produk Dr Nabisar telah mendapat kelulusan Kementerian kesihatan Malaysia serta diiktiraf halal.

“Kami juga bercadang untuk menembusi pasaran negara-negara Arab dan Barat,” katanya.

Rangkaian produk Dr Nabisar dijual dengan harga bermula daripada RM75.

Maklumat lanjut mengenai produk Dr Nabisar boleh diperoleh dengan melayari laman web www.drnabisar.com atau telefon 03- 6186 2655