Peria katak untuk kencing manis. Pesakit kencing manis tinggi jumlahnya di Malaysia. Terdapat 20.8% peratus dari penduduk malaysia mempunyai kencing manis. 

Disini kita akan bincang bagaimana peria katak, bawang putih, kayu manis, buah naga dan gymnema menolong didalam pengawalan gula didalam darah secara saintifik.

Kita di Malaysia, suka makanan yang manis -manis. Kita ambil gula berlebihan. Kalau kurang manis kita kata makanan tak sedap. Disebabkan oleh kehendakan kita untuk makan benda manis berlebihan dan setelah banyak tahun berlalu, ramai mendapat penyakit kencing manis. Bila ini terjadi, terpaksalah makan ubat untuk mengurangkan gula dalam darah supaya tidak mengganggu atau merosakkan organ dalaman badan. Ada juga orang mendapat penyakit kencing manis disebabkan keturunan dimana ayah atau ibu ada kencing manis. Ada segelintir dapat kencing manis disebabkan oleh ‘stress’. Masyarakat kita semakin maju dan ramai yang berpendidikan tinggi. Mereka didalam pekerjaan mungkin mengalami tekanan di tempat kerja yang merunsingkan. Ini akan membawa kepada tekanan dan seterusnya kurang tidur. Disebabkan keadaan ini, sejenis hormone dipanggil cortisol akan dikeluarkan oleh badan secara berlebihan. Bila perkara ini berlarutan, seseorang itu boleh menjadi penghidap penyakit kencing manis. Tekanan hidup di bandar dan masalah keluarga yang berlarutan juga akan mempengaruhi penghasilan cortisol yang banyak dari pukul 11 malam ke 3 pagi.

Kajian saintifik membuktikan kesan efektif peria katak, bawang putih, gymnema, kayu manis, buah naga dalam menurunkan paras gula dalam darah

Pesakit kencing manis selalunya suka buah-buah manis seperti rambutan, tembikai, nenas, anggur, pisang dan lain-lain. Ini juga harus dikurangkan sebab buah manis juga penyumbang gula. Kalau biasa makan banyak buah, kurang kepada separuh atau makan buah separuh masak. Insyallah ini dapat menolong dalam mengurangkan gula dalam darah. Selain itu kurangkan nasi, roti dan makanan proses seperti kek. Yang ini akan menolong dalam mengurangkan gula dalam darah.

Di Malaysia, pesakit kencing manis kalau makan ubat doktor akan makan metformin. Ramai juga mengambil herba. Mereka ini risau kesan jangka panjang dan rasa lebih selamat mengambil ubat herba. Kadang kadang herba ini mungkin tidak mujarab dalam menurunkan kandungan gula dan mungkin juga menurunkan kandungan gula dengan cepat dan boleh memudaratkan kesihatan pesakit kencing manis. Oleh itu pengambilan herba yang berkesan dalam menurunkan paras gula dan kandungan atau dos yang berpatutan mestilah ditentukan secara saintifik. Kajian saintifik akan pastikan herba- herba yang digunakan dalam ubat itu berkesan dalam menurunkan gula dalam darah. Kaedah saintifik juga pastikan campuran herba tiada kesan tak elok atas pesakit dan jumlah yang diambil amat berkesan dalam menurunkan paras gula. Disini kita boleh rumuskan kajian saintifik pastikan ubat itu berkesan, selamat untuk kita gunakan dalam menjaga kesihatan diri kita untuk jangka masa pendek dan panjang. 

Kami telah lakukan penyelidikan mendalam keatas berbagai jenis herba, tumbuhan, garam galian, dan alga laut. Kami telah uji daun, akar, batang dan bunga dimana berkenaan dan mendapati peria katak, kayu manis, bawang putih, buah naga dan gymnema mempunyai kesan yang bagus dalam menurunkan kandungan gula. Penyelidikan kajian saintifik orang lain juga telah menemui keputusan yang sama. Disini kami syorkan penggunaan Gymnema plus dalam menjaga kesihatan anda sekeluarga. Gymnema plus keluaran Dr Nabisar. peria katak disamping Gymnema menolong dalam penurunan gula dengan efektif.

Diabetic