Bila dah tua, ramai yang suka duduk dalam rumah & jarang keluar. Boleh jadi kerana sudah sakit-sakit, tak ada tenaga & pelbagai lagi masalah bila cecah usia tua. Tapi ramai yang tak tahu, perkara ni boleh jejaskan kesihatan mental.
Kesihatan mental dalam kalangan warga emas ni selalu terlepas pandang. Kadang warga emas itu sendiri tak tahu yang mereka sebenarnya murung & resah. Jadi, mereka anggap ini adalah simptom sakit badan seperti sakit kepala, sakit perut dll.
Maka, kita sebagai ahli keluarga & yang terdekat, kena mainkan peranan untuk menolong warga emas ini. Cara paling mudah untuk tingkatkan kesihatan mental ialah aktiviti sosial seperti berborak dengan keluarga & rakan, kenduri, aktiviti komuniti & sebagainya. Bukan setakat kesihatan mental, kesihatan badan pun akan meningkat.
Aktiviti sosial boleh tingkatkan imun badan kerana kurangkan stress & kemurungan. Bila emosi lebih stabil, badan lebih kuat untuk melawan penyakit. Suplemen multivitamin Immunebooster juga penting untuk membantu warga emas yang kekurangan nutrisi kerana badan mereka sudah kurang keupayaan menyerap nutrien dengan baik.
Kesimpulannya, aktiviti sosial adalah penting untuk kesihatan mental & fizikal pada warga emas. Aktiviti sosial memerlukan kita bergerak, & interaksi dua hala ketika berborak boleh mengurangkan stress & resah.