Categories
Sukan

Kaki tiba-tiba kejang/’cramp’? Cara hilangkan ‘cramp’ dengan segera

Aduh sakitnya! Sedang ‘jogging’ & berseronok di taman tiba-tiba kaki sakit. Terpaksa duduk & tunggu di baju jalan sementara sakit kejang ni hilang. Orang tengok pun malu bila sakit di tempat awam. Kan senang kalau kaki kejang boleh hilang dengan segera?

Kaki ‘cramp’ atau kejang ini bukan perkara yang asing. Kalau bukan kita, orang sekeliling kita mesti pernah kena. Ada yang tak serius, ada yang ‘ekstrem’. Bahaya kan kalau tiba-tiba menyerang?

Kaki cram boleh datang secara tiba-tiba. Sedar-sedar sudah sakit kejang. Cara orang dulu-dulu legakan sakit kejang, ialah pakai minyak panas dan urut.

Tapi ada yang tak minat pakai minyak panas, kerana tak suka rasa berminyak. Kejap lagi perlu basuh & sebagainya. Lagi mudah pakai krim panas yang cepat serap seperti produk kami, Phytoheat. Sapu-sapu sambil urut, terus meresap & kaki kejang pun terus lega.

Kaki tiba-tiba kejang/'cramp'? Cara hilangkan 'cramp' dengan segera

Kaki ‘cram’ atau kejang kaki adalah fenomena yang biasa terjadi kepada individu yang lakukan aktiviti fizikal atau kurang nutrisi seperti magnesium dan kalsium. Kejang kaki boleh berlaku apabila seseorang lakukan aktiviti fizikal yang berat ataupun ringan seperti tukar posisi tidur.

Ia berlaku apabila asid laktik terkumpul di bahagian otot. Punca asid laktik terkumpul ialah kurang bekalan oksigen ke otot kerana aktiviti fizikal perlu lebih banyak oksigen berbanding biasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori Blog