Categories
Penjagaan kulit

Habis kulit rosak sebab teracun trend ‘viral’ di Tiktok

Habis kulit rosak sebab teracun trend ‘viral’ di Tiktok.

 

Scroll saja Tiktok, mesti akan ada ‘influencer’ kulit glowing & gebu sambil tunjuk rahsia mereka gunakan exfoliating acids atau skrub. Maka, berebut-rebut orang datang beli untuk dapatkan kulit glowing. 

 

Tetapi, mereka tak beri tahu yang trend ini boleh menyebabkan kulit menjadi kering, iritasi & rosak kerana ‘over exfoliate’. Tujuan exfoliate ialah untuk buang kulit mati untuk licinkan tekstur kulit & cerahkan wajah. Tetapi exfoliate berlebihan boleh menyebabkan:

  1. Lapisan kulit rosak
  2. Kulit merah, iritasi, & sensitif
  3. Breakout & jerawat
  4. Kulit kering & berkuping

Influencer hanya menunjukkan kesan baik untuk kulit mereka sahaja, bukan semua jenis kulit. Maka, kita perlu mengenal pasti jenis kulit sendiri & tahu cara untuk menjaga.

Sekiranya kulit telah rosak, cara untuk membaiki semula ialah

  1. Berhenti gunakan exfoliator buat sementara
  2. Sembuhkan lapisan kulit. Gunakan krim pelembap, toner pelembap & pencuci muka yang lembut.  
  3. Pakai pelindung matahari, Sunscreen

4. Elakkan bahan aktif seperti retinol & asid.

 

Tiktok adalah platform yang bagus untuk belajar ilmu-ilmu penjagaan kulit. Tetapi kita juga perlu bijak untuk faham apa yang kulit kita perlukan. Jangan mengejar viral & trend semata-mata kerana setiap kulit adalah berbeza.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori Blog