Gula stevia adalah pengganti gula sukros untuk orang yang menghidap kencing manis atau pra kencing manis. Stevia tiada kalori dan tidak menaikkan paras gula/glukos dalam darah. Stevia adalah salah satu dari suplemen diet ‘dietary supplements‘ yang paling bagus untuk pengganti gula,

Kita orang Malaysia suka dengan rasa manis. Kalau air milo lagi pekat dan manis, lagi happy kita. Maklum lah lebih kow.  Selain minuman pencuci mulut juga mesti manis. Kalau tidak kita complain. Cukup rasa manisnya, baru kita kata sedap. Ini lah hakikatnya di Malaysia dimana rasa manis amat penting untuk kita minum atau makan hidangan tersebut. Tetapi sedar kah kita kekurangan dengan kehendakan ini.

Ini kerana gula putih yang kita gunakan sebagai pemanis adalah gula sukros yang boleh mengakibatkan kencing manis  dalam jangka masa panjang bila diambil dalam kuantiti yang memberi rasa gula yang sedap. Kalau dari kecil kita mengamalkan rasa manis yang manis manis tebu, insyalah kita ok dan jauh dari kencing manis kecuali pengaruh genetik dan stress.

Terdapat banyak jenis gula sintetik yang boleh  menggantikan rasa manis dari gula sukros. Ianya tak ada kalori dan seterusnya tiada pengaruh keatas pesakit kencing manis. Rasanya tak natural. Oleh itu ramai mencari daun stevia yang manis dari tumbuhan. Gula ini sedap, tiada kalori jadi amat baik untuk pesakit kencing manis. Gula stevia ini mudah larut dalam air and amat manis tetapi taka ada kesan lansung keatas kalori, jadi amay banyak untuk sesiapa yang suka manis dan juga pengidap kencing manis.

Rasa manis ini boleh didapati dengan mengunyah daun stevia atau meletak daun stevia dalam cawan , tuang air panas and hirup selepas 3 ke 5 minit bila dah kurang panas. Tapi ini agak leceh bila kita kat luar rumah. Jadi disyorkan gunakan stevia drop. Ianya amat mudah dan senang. Ianya dibuat dari jus stevia dalam bentuk drop.

Ada beberapa pengeluar yang mengeluarkan jenama stevia tapi berhati hati kerana ada juga pengeluar yag tokok tambah dengan pemanis gula sukros atau gula sintetik. Kalau ada sukros  ianya akan naikan paras gula atau glukos dalam darah bila mengambilnya. Jadi ini tak menolong pesakit kencing manis tetapi memudaratkan kesihatan mereka. Gula yang tinggi dalam darah mereka akan meyebabkan saraf mereka kurang sensitive, radangan mikro organ- organ dalaman, penglihatan yang kabur, ,masalah buah pinggang, kaki kebas dan kebal dan kalau terluka, luka lamabt sembuh. Luka boleh jadi bertambah besar dan susah nak sembuh dan mungkin bernanah. Dalam keadaan ini, Bahagian anggota yang terlibat kena dipotong dan ini amat sakit dan menelan kos yang tinggi. Jadi jaga badan dengan mengambil pemanis stevia yang tiada kesan negative keatas badan.

Ianya juga membantu dalam mengurangkan berat badan ‘weight loss‘ secara sihat. Boleh mengurangkan lebih kurang 0.5 ke 1 inci setiap minggu. Keputusan ini bergantung juga kepada metabolik badan dan jenis makanan yang dimakan.