Ada orang kata, resdung terjadi sebab ada ulat dalam hidung! Betul ke? Orang kita pula, apabila dengar sahaja tentang resdung, mereka terus pergi buat rawatan teknik asap atau lilin… katanya, untuk keluarkan ulat. Namun sejauh mana keberkesanan rawatan itu? Boleh ke resdung diubati dengan kaedah sebegitu?

Resdung atau dikenali sebagai sinus terjadi disebabkan jangkitan bakteria apabila rongga-rongga yang terdapat pada tulang muka dan bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil dijangkiti. Jika pesakit mempunyai simptom bersin, selesema, gatal-gatal pada wajah terutamanya mata dan hidung berair, sahlah bahawa pesakit mengalami resdung.

Menurut kaedah perubatan moden, resdung boleh diubati dengan rawatan pengambilan antibiotik, ubat selesema, dan dekongestan iaitu ubat titis atau semburan hidung. Mitos yang perlu kita sedar adalah, resdung bukan ulat tetapi adalah kotoran yang terkumpul dalam rongga hidung. Maka, untuk mencegah daripada terkena resdung, kita perlu mengawal pemakanan jika mempunyai alahan kepada makanan dan mengambil ubat resdung mengikut saranan doktor.

Terdapat ubat resdung di kedai jamu yang mengandungi steroid dan bahaya jika terlebih dos. Antara ubat resdung yang boleh kita dapati di farmasi adalah Phytocool cream. Sebenarnya, ekstrak daripada tumbuh-tumbuhan lebih selamat digunakan dan berkesan untuk melega dan merawat resdung. Phytocool cream digunakan untuk kegunaan luar, iaitu dengan hanya menyapu krim pada bahagian hidung sahaja. Ia sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Jika ibu dan anak mengalami resdung, kita boleh berkongsi untuk menggunakannya bersama.

 

Sincerely,

Dr. Nabisar.