Pagi ini saya dapat pesanan di group WhatsApp family daripada ayah, kata ayah… “Jadilah manusia yang selalu berbuat baik kepada orang lain dan sentiasalah merendah diri dalam kehidupan kerana hidup ini tidak lama dan suatu masa nanti kita akan bertemu Pencipta.”

Tersenyum saya apabila membaca pesanan daripada ayah. Ayah dengan pesanan yang sentiasa memuji Ilahi.

Ayah, seorang insan yang tidak pernah mengeluh mencari nafkhah untuk anak. Perginya ayah awal pagi sebelum subuh, dan pulangnya ayah ketika matahari turun menyembah bumi. Mungkin pada pandangan mata, waktu kita banyak dihabiskan bersama ibu, namun tanpa kita sedari ayah adalah insan yang memenuhi seluruh waktu kita.

Pastinya ayah tidak pernah lupa memberikan belanja keluarga. Jika perbelanjaan tidak cukup, ayah sanggup mengikat perut demi anak-anaknya. Segalanya demi anak-anak. Namun, adakah kita sebagai seorang anak mampu menjaga ayah dengan baik, sepertimana ayah menjaga kita? Tanyalah diri sendiri.

Hargailah jasa seorang ayah yang tidak pernah lelah menjaga kita. Beritahu dunia bahawa ayah adalah wira kita. Wira hidup kita….

 

Sincerely,

Dr. Nabisar