“Betul ke, sakit mata boleh berjangkit kalau kita pandang mata orang yang sakit mata?”

Hmmm… mesti kita selalu dengar mitos ni, kan?

Saya masih ingat lagi, kalau ada dalam kalangan rakan sekelas saya yang sakit mata, mesti cikgu suruh dia pakai cermin mata hitam sebab takut berjangkit dengan rakan lain.

Risau jugaklah saya masa tu, sebab tak nak berjangkit.

Tapi….

Betul ke mitos tu?

………………………………………………………………………………………………………….

Sebenarnya, pandang mata orang yang sakit mata TIDAK AKAN BERJANGKIT.

Itu hanyalah mitos.

Sakit mata terjadi adalah disebabkan virus. Ia tersebar melalui sentuhan.

Sebagai contoh apabila air mata orang yang sakit mata mengalir dan dia menggunakan tisu untuk mengelap air mata, dan kita tersentuh tisu tersebut, ia boleh tersebar melalui sentuhan.

Jadi, untuk elakkan selalu sakit mata… cucilah tangan selalu dan jaga kebersihan.

 

Sincerely

Dr. Nabisar