‘Seksinya awek tu!’, ayat biasa si jejaka bukan? Para lelaki kebanyakannya tidak toleh kanan dan kiri dah….sambil tengok sambil tersenyum. Kebanyakan lelaki akan bagi tindak balas sedemikian. Sebenarnya apa yang lelaki dan perempuan fikir ya tentang perempuan seksi? Apa yang tercetus di minda kita tentang wanita yang suka berpakaian seksi ini?

Adakah lelaki membayangkan wanita seksi terus kepada hubungan seksual? Ramai yang apabila terlihat wanita seksi, mereka terus membayangkan bentuk tubuh wanita tersebut. Ada yang segelintir lelaki jika mereka ternampak sebahagian tubuh wanita seksi sahaja contohnya bahagian bahu, belahan dada atau peha, mereka boleh terus leka dan asyik melihatnya. Lalu hal ini mula membangkitkan nafsu mereka. Memang nafsu lelaki hanya satu, nafsu mereka lebih kepada seks. Tapi, bolehkah lelaki mengubah cara persepi mereka tentang isu wanita seksi sebagai simbol seks?

Dan apa pula persepsi para wanita di luar apabila membayangkan wanita seksi? Secara kebiasaanya perempuan akan bayangkan wanita seksi ini sebagai orang yang sukakan dirinya menonjol berbanding orang lain. Mereka sukakan perhatian dan pujian. Ada juga yang berani membuat diri mereka untuk tampil seksi untuk menaikkan keyakinan mereka sendiri. Semua wanita suka tampil cantik lagi-lagi di hadapan orang yang tersayang.

Kenapa lelaki tidak boleh cuba ubah persepi mereka seperti para wanita? Saya percaya ada sebahagian lelaki memang kuat dan tidak membiarkan nafsu semata membelenggu minda mereka. Cuba kita pratikkan pemikiran sebegini….