Kalau dapat makan sayur kangkung digoreng bersama belacan memang rasa terangkat gitu! Kemain berselera kan? Sampai bertambah-tambah nasi kalau dapat makan menu sebegini. Tetapi, anda pastikah ianya bagus?

Sayur yang terlalu masak sebenarnya tidak mengandungi sebarang zat. Ibarat anda makan asal kenyang,  bukan makan untuk dapatkan nutrisi sayur tersebut. Sayur-sayuran elok dimakan mentah kerana terkandung zat dan enzim yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Tapi….bukan semua ya boleh dimakan mentah! Contohnya bawang, ia perlu dimasak tetapi tidak boleh lebih dari 5 minit kerana boleh mengakibatkan khasiatnya hilang. Untuk pengetahuan anda, makan sayur mentah yang terlampau banyak sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan.

Ya, saya percaya kebanyakan orang suka makan makanan yang dimasak dan ada yang tekak mereka tidak dapat menerima makanan yang tidak dimasak kecuali ulam-ulaman kerana ragu-ragu akan kebersihan pada sayur tersebut. Kalau begitu anda boleh tukar sayur yang digoreng kepada direbus atau dikukus segera? Sekurang-kurangnya zat dan khasiat sayur itu masih ada. Jangan lupa untuk amalkan cara pemakanan yang seimbang…..