Kita baru sahaja menyambut kemerdekaan, Kita berarak bersama-sama, memakai baju seragam yang sama, bermotivasi bersama, makan, menari dan menyanyi bersama-sama dengan menteri-menteri kita. Kita dapat melihat semua tersenyum gembira, berpelukan bersama meraikan hari kemerdekaan kita yang ke-61. Semua menikmati hari tersebut, kita dapat lihat pemerintah dan rakyat bersatu. Hakikatnya adakah kerajaan betul-betul bersama kita? Adakah perpaduan itu wujud dalam jiwa dan hati setiap individu? Mari kita berhenti sejenak dan muhasabah diri….