Mengapa kini masih terdapat orang yang suka membezakan warna kulit dalam kalangan masyarakat kita? Katanya orang hitam tak cantik, hati busuk dan kebanyakannya jahat dan pengamal ilmu sihir. Mengapa perlu bersikap prejudis? Bukankah itu luaran semata-mata?

Siapa yang mencetuskan isu warna kulit ini?
Sebenarnya, orang Yahudi yang memulakan isu ini dari zaman dahulu lagi. Masyarakat dari Afrika, Nigeria dan India selalu dipandang serong oleh masyarakat di negara lain. Mengapa perlu kaitkan perbezaan warna kulit dalam isu sosial dan kehidupan? Tak semua dalam kalangan mereka berhati jahat. Kalau anda perhatikan betul-betul kebanyakan mereka berasal dalam keluarga yang susah dan miskin tetapi mereka sanggup berhijrah untuk mencari rezeki dan menimba ilmu walaupun terpaksa berjauhan dengan orang yang tersayang.

Dan kenapa pula orang putih dianggap suci, baik dan cantik seperti malaikat?
Adakah orang yang berkulit putih memiliki hati yang baik?
Kebanyakan sekarang yang saya dapat lihat orang yang cantik ini tidaklah sebaik yang kita sangkakan. Ada juga diantara mereka selindung hati sebenar mereka di sebalik rupa luaran.

Ya, memang bukan semuanya baik dan bukan semuanya jahat. Tetapi janganlah ada lagi pemikiran kerana nila setitik rosak susu sebelanga, masih ramai lagi orang-orang baik dalam kalangan mereka. Kebanyakan mereka juga adalah terdiri daripada individu yang bijak pandai. Bukankah kita bersama-sama boleh berkongsi ilmu bagi mengembangkan dan menyebarkan ilmu baru untuk generasi akan datang. Tolak perasaan prejudis ke tepi dan terima mereka seadanya di bumi kita.