‘Alamak! Tak cukup duit gaji nak bertahan sebulan, bayar hutang lagi banyak dari perbelanjaan keperluan bulanan….sampai bila hidup aku macam ni?”
Saya perhatikan kebanyakan individu kini terbeban dengan hutang piutang seawal usia yang muda. Ada yang terpaksa ikat perut setiap bulan, asalkan hutang dibayar.

Lagi-lagi bagi individu yang mahu berkahwin dan mendirikan rumah tangga. Ramai yang membuat keputusan untuk membuat pinjaman, katanya mahu merasa sekali dalam seumur hidup untuk mengadakan majlis besar-besaran lagi-lagi untuk hari yang amat bermakna bagi mereka. Jika anda mampu memang tiada masalah, tetapi ramai yang tidak sedar dari sinilah bermula beban hutang anda. Penggunaan kad kredit juga boleh menjadi satu beban hutang yang besar bagi kita. Ramai orang tidak dapat mengawal diri mereka daripada berbelanja terlebih batasan. Ada yang sampai tidak mampu untuk membayar semula hutang tersebut.

Bila hidup kekangan kewangan, ada yang mengambil jalan pintas untuk meminjam wang dengan ceti haram tanpa memikirkan apa yang akan jadi datang pada masa akan datang. Ada sesetengah orang suka menunjuk dengan membeli sesuatu benda yang mewah. Jadi mereka sanggup untuk berhutang asalkan dapat benda yang diinginkan.

Hidup kita akan lebih aman tanpa hutang, percayalah! Elakkan berhutang….
kerana lebih baik kita menyimpan untuk simpanan atau kegunaan kecemasan. Dan jika ada simpanan, kenapa tak melaburkannya bagi menjana pendapatan? Kemudian boleh membuka perniagaan tanpa berhutang….bukankah ini satu bonus seumur hidup untuk diri anda sendiri?