Kita amat bertuah kerana Malaysia dianugerahkan herba yang kebanyakannya tumbuh menjalar sendiri. Orang zaman dulu tidaklah membuat kajian sains tentang kebaikan herba ini kerana teknologi pada masa itu belum canggih lagi….adakah anda pasti herba tersebut benar-benar berkesan terhadap pengamalnya? Kebanyakan orang sebelum ini hanya mengenal pasti kebaikannya setelah ada orang cuba mengamalkan dan mereka pulih menjadi sihat. Jadi, dari situ mereka terus menghebahkan kebaikan herba tersebut tanpa mengkaji dengan lebih mendalam. Herba di negara kita sesetengah hanya sebagai hiasan dan sesetengah memang berfungsi sebagai ubat. Tetapi adakah ia boleh diamalkan untuk jangka masa yang panjang?

Kini, terdapat banyak produk herba dijual sebagai supplement. Kita kena perlu ambil tahu bahawa sesetengah herba tidak boleh makan berterusan kerana ianya akan merosakkan diri anda. Contohnya, buah mahkota dewa. Ia bersifat steroid di mana ia boleh membuat anda berasa sedap badan dan sihat. Tetapi, bagi pengambilan jangka panjang ia akan melemahkan sistem imunisasi anda. Apabila sistem imunisasi kita lemah, kita mudah terkena jangkitan kuman dan kanser! Daun rerama pula ialah sejenis tumbuhan yang tinggi kompaun oxalate di mana pengambilan yang berterusan akan menyebabkan terjadinya batu karang. Ramai orang menganggap daun rerama ini adalah ubat yang paling power buat masa ini. Ada sesetengah individu gemar makan peria/peria katak. Ia sebenarnya tidak sesuai dibuat amalan pemakanan harian kerana pengambilan berterusan boleh merosakkan hati!

Anda perlu tahu bahawa ubat ini hanya boleh diamalkan sebentar sahaja konsumsinya, bukanlah perlu dijadikan amalan harian dan guna untuk jangka masa yang panjang. Dapatkan nasihat daripada orang yang lebih pakar atau doktor untuk mengamalkan herba ini jika anda ragu-ragu.