Orang dulu-dulu memang rajin spot check pengantin perempuan sama ada masih dara atau belum. Orang dulu menganggap dara ini penentu pengantin perempuan sudah melakukan hubungan kelamin atau tidak. Kalau cadar tak berdarah kiranya tiada dara lah pengantin perempuan itu? Dianggap sudah ditebuk?

Apa itu selaput dara? Selaput dara juga dikenali sebagai hymen. Ia merupakan sel nipis yang menyelaputi saluran pembukaan vagina. Untuk pengetahuan anda, selaput ini tidaklah menutup penuh laluan vagina. Kalau tak macam mana darah haid nak keluar bukan? Sebenarnya setiap wanita memiliki bentuk dan saiz selaput dara yang berbeza. Semua perempuan ada dara ke? Bagi perempuan yang aktif dalam bersukan, selaput dara boleh terjejas jika mereka melakukan aktiviti lasak seperti berlari, berbasikal, bersenam dan lain-lain. Ramai juga yang tak tahu….ada bayi perempuan yang dilahirkan tanpa selaput dara! Jadi tak logik jika kita mahu menentukan keperawanan seseorang itu melalui darah dari hymen. Selaput darah tidak akan koyak atau pecah, tetapi ia cuma terenggang kerana teskturnya lembut seperti lapisan getah. Ia boleh kembali ke bentuk asal jika wanita itu sudah lama tidak melakukan hubungan seksual atau aktiviti lain yang lasak.¬ Jika seks dilakukan secara kasar atau laju, ia mungin akan menjadi sakit kerana selaput dara merenggang terlalu besar lalu menyebabkan berlakunya pendarahan.

Kenapa dara menjadi ukuran penting bagi seorang wanita?
Kenapa perlu menghukum wanita ini atas masa silam mereka?
Kini pembedahan hymen semakin dikenali di kawasan Timur Tengah. Wanita boleh mendapatkan selaput dara mereka kembali melalui pembedahan ini. Apabila dara menjadi ukuran untuk seorang semata-mata, ada yang sanggup melakukannya asalkan dirinya tidak dipandang rendah di mata masyarakat.