Kenapa masih ramai lagi tak sedar dan tak boleh ubah tabiat pemakanan?
Betulkah makan untuk hidup itu ramai yang praktikkan? Sebab apa yang saya lihat sekarang adalah sebaliknya. Contohnya, di kedai mamak dan ada sesetengah restoran fast food yang 24 jam beroperasi, kita dapat lihat masih ramai orang makan di lewat tengah malam. Kebanyakan restoran kita juga masih lagi beroperasi sehingga pukul 3-4 pagi….jadi bagaimana kita nak galakkan masyarakat kita sendiri untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat? Perlukah makan di tengah lewat malam?

Lagi-lagi teknologi kini semuanya di hujung jari. Boleh pesan melalui talian online sahaja, setengah jam kemudian dah sampai depan pintu rumah. Mahu cari kedai makan yang sedap pun kita boleh google sahaja! Sebab zaman sekarang pantang ada kedai yang sedap atau viral, ramai yang sanggup datang dari jauh untuk jejak ke tempat tersebut selepas melihat banyak feedback mengatakan makanan di situ sangat sedap.

Bukanlah anda tak boleh nak makan atau mencuba menu di luar, tetapi seimbangkanlah pemakanan harian anda. Ambil perhatian terhadap kuantiti makanan dan waktu makan anda. Ada yang saya lihat segelintir individu portion makanannya boleh dimakan untuk dua orang!
Waktu makan tengah malam juga
tidak berapa digalakkan kerana selepas dari itu anda mesti akan terus tidur. Kalori akan bertukar menjadi lemak jika tidak dibakar, lalu berat badan akan bertambah dan boleh menyebabkan mendapat penyakit obesiti. Habislah baju-baju dan seluar lama dah tak muat…..