“Wah cantiknya makeup awak!”, semua wanita rasa sangat teruja apabila dipuji cantik bukan?
Keluar rumah saja mesti kita akan berdandan dan berhias sakan. Perempuan mana yang tak suka nampak cantik bukan? Bila kita makeup, kita nampak lagi cantik, tertarik dan walla!! Ada yang suka makeup terutama semasa bekerja supaya mereka lebih yakin untuk bertemu orang ramai. Dan banyak profession kerja yang membuatkan setiap staf terpaksa bersolek terutamanya berkaitan dengan customer service.

Tetapi, diri awak sebenarnya ialah awak sendiri yang tanpa solekan atau diri awak ialah yang bersolek?
Mana satu diri anda yang sebenarnya? Ramai wanita rasa rendah diri dan kurang keyakinan dengan tanpa solekan….mereka rasa kulit wajah mereka tidak cantik untuk ditunjukkan di luar. Kenapa tidak merawat kulit wajah daripada membiarkan ianya lebih rosak dengan memakai mekap hari-hari?

Tidak dinafikan juga, walaupun kaum lelaki selalu bersuara bahawa mereka lebih sukakan wanita yang natural beauty, tetapi apabila mereka ternampak wanita yang cantik bersolek mereka toleh 3, 4 kali untuk melihat wanita tersebut bukan? Ini memang kenyataan….wanita suka campak cantik lagi-lagi di hadapan orang yang tersayang, tetapi janganlah mengelirukan orang yang anda sayang itu dengan makeup di wajah semata-mata, kerana cinta dan sayang itu perlukan kejujuran dan bukan samaran supaya anda nampak lebih sempurna. Tak cantik boleh cover dengan make up? Kenapa tak tukarkan kepada tak cantik boleh ubah dengan rawatan dan penjagaan?