Sekarang kita rasa tak selamat….keluar dengan kawan-kawan pun peragut boleh datang ambil kesempatan untuk meragut beg tangan kita….wanita tak lari dengan fesyen, kita sentiasa mahu tampil bergaya. Begitu juga dengan pemakaian baju kita, kebanyakan wanita bekerja memakai baju kurung atau formal, dan kebanyakan pakaian formal tidak mempunyai poket untuk meyimpan dompet. Kita meletakkan barang-barang kesemuanya di dalam beg tangan.Tambahan pula kita boleh isi dengan pelbagai barang di dalamnya.

Habis tu nak bergaya tapi tak selamat….macam mana tu?
Semalam tersebar berita tentang seorang bapa berjaya berkas peragut yang meragut beg tangan anaknya. Peragut memohon maaf dan merayu pada bapanya untuk tidak mengambil tindakan apa-apa terhadapnya. Tetapi bapa mangsa tetap berkeras untuk melaporkan kes ini kerana bimbang peragut boleh melakukan lagi terhadap wanita lain. Tidak semua orang berani seperti bapa mangsa. Bagaimana dengan mangsa ragut lain yang dicederakan selepas diragut? Ada yang diambil kesempatan lain, dirogol dan dibunuh!

Kita semua perlu lebih berhati-hati kerana kes ragut ini boleh berlaku di mana-mana. Sentiasa tumpu perhatian semasa berjalan, jangan leka dengan handphone! Berjalan pada arah yang bertentangan atau pastikan beg tangan anda dialihkan kepada sisi yang tidak bersebelahan dengan kenderaan yang lalu lalang. Pastikan tidak keluar dengan memakai barang perhiasan yang keterlaluan atau terlampau bernilai, contohnya beg tangan berjenama berharga ribuan atau memakai banyak barang kemas. Jika anda terpaksa berjalan di tempat yang sunyi pastikan handphone dan wang berada di poket.