Isteri yang dimadukan….adakah mereka bahagia? Atau terpaksa menjadi orang yang bahagia?
Kerelaan atau ikut perintah kerana risaukan keperluan diri dan anak-anak?
Pernahkah anda cuba selami dan berada di tempat wanita yang berada dalam situasi ini?
Masyarakat hanya boleh nasihat wanita yang dimadukan ini supaya sabar dan memuji kerana dapat payung emas di jannah. Tetapi kuatkah hati insan yang terpilih ini?

Untuk para suami yang berpoligami, anda memang yakin dan berasa isteri anda dapat menerima keputusan anda. Hakikatnya? Takkan tiada sedikit calar di hatinya? Mana ada perempuan yang tidak cemburu. Apa kurangnya aku? Soalan yang sentiasa tercuit dalam hati mereka.

Tiada siapa yang tahu dan dapat ungkapkan…
Majoriti kaum lelaki mendabik dada dan mendakwa poligami sebagai hak mereka, manakala kaum wanita berkeras enggan dimadu dengan pelbagai alasan. Tiada siapa mampu melihat orang yang kita sayang berkongsi kasih dengan wanita lain!

Saya amat memuji wanita yang tabah ini! Wanita adalah makhluk Tuhan yang amat kuat mentalitinya. Mereka perlu sentiasa positif demi kepentingan anak-anak. Bangun dan bangkit! Tak perlu merasa rendah diri dan rasa dipandang hina, yang penting dalam hidup kita adalah menjadi isteri yang solehah dan cuba yang terbaik. Mereka masih mampu ambil hati mentua supaya dirinya tidak dipulaukan, meneruskan hidup seperti biasa dan mampu menerima kehadiran wanita lain dalam hidupnya. Dia hanya mahukan merasa bahagia walaupun emosi sentiasa bermain dalam diri…