Rakyat marhaen setiap hari berpulas tenaga dan keringat untuk mendapatkan sesuap nasi dan membiayaai kos sara hidup seharian. Manakala terdapat sekelompok individu yang memegang jawatan yang tinggi dalam kerajaan kita mendapat pelbagai keisitimewaan dalam kehidupan…..Adakah ini adil?

Saya bukanlah dibesarkan dalam keluarga yang berada. Semuanya atas usaha saya sendiri, saya tidak mewarisi apa-apa harta pun dalam keluarga kerana kami tiada aset pun untuk diwariskan. Tetapi bagi sekelompok individu yang memegang jawatan tinggi dalam negara kita ini pendapatan mereka sebulan mencecah beratusan ribu, dalam setahun pendapatan mereka boleh mencecah 5 juta! Sudahlah mendapat kemudahan tanpa mengeluarkan sesen untuk menyara hidup….semuanya guna duit cukai? Bukankah duit rakyat? Pendapatan kami 100% digunakan untuk dibelanjakan kepada kos keperluan harian, lagi-lagi kami yang bekerja di bawah sektor swasta tiada keistimewaan diberi seperti penjawat awam lain….Adilkah?

Sekelompok mereka yang memegang jawatan tinggi ini sangat mudah mendapat akses menggunakan duit rakyat. Mahupun berurusan dengan bank, amatlah mudah. Sedangkan rakyat? Adakah mereka yang ditempatkan di kedudukan yang tinggi dalam negara kita melakukan tugasan dengan sejujurnya? Adakah tugasan yang disumbangkan oleh orang atasan ini benar-benar sama nilai dan tarafnya dengan pendapatan mereka? Adakah duit rakyat digunakan dan disalurkan ke jalan yang betul? Untuk mendapat duit lebih ada ramai di antara kita kini terpaksa membuat dua hingga tiga kerja dalam satu hari…..hanya untuk memastikan keluarga cukup makan, rumah ada air dan api, ada kenderaan, anak ke sekolah dan berharap mereka berjaya supaya boleh mengubah nasib keluarga.