Sakitnya nak terima hakikat bila kehilangan orang tersayang….Kesedihan yang tak berkesudahan. Bukannya aku tak cuba untuk jadi kuat, aku dah cuba! Aku dah tawakal cuba terima qada’ dan qadar tapi kesedihan tetap membelenggu diri. Tiada seorang pun yang benar-benar faham aku! Di luar aku pura-pura senyum dan gembira, tetapi sejurus tubuh ini pulang ke rumah tiba-tiba memori dengan orang yang tersayang ni terkenang di ingatan.…

Allah telah menemukan saya dengan dengan insan yang mempunyai masalah di atas untuk membantu dirinya. Orang ramai hanya mengucapkan kepadanya untuk redha dan tawakal atas pemergian arwah, tetapi tidak betul-betul membantu dan membimbingnya bagaimana untuk bertawakal. Ramai cuba menolong dengan memberi kata-kata semangat tetapi sebenarnya insan ini rasa lebih tertekan untuk menerima takdir menimpa dirinya kerana dia tidak mendapat didikan dari sudut psikologi.

Siapa yang tidak terkejut bila dijangkakan dia selamanya akan bahagia bersama yang tersayang, dalam sekelip mata sahaja semuanya boleh berubah menjadi suram dan kelam….Hari-hari melihat foto-foto di album lama mahu dikenangkan kembali memori lama bersama, ditemani air mata. Saya motivasikan sahabat baru saya ini untuk menerima qada’ dan qadar Tuhan. Saya bukakan matanya untuk melihat nasib orang lain yang lebih malang dari kita, betul-betul hidup di dunia sejak lahir sebatang kara, sesungguhnya kita sentiasa perlu bersyukur. Anda kehilangan orang yang tersayang tetapi arwah tinggalkan zuriat untuk kamu menjaga amanah Tuhan dengan baik….Kasihan anak kamu dia perlukan kasih sayang dan perhatian sepenuhnya daripada kamu. Fikirkan masa depannya. Berikan diri kamu sendiri ruang untuk melepaskan apa yang kamu rasa. Masa adalah penghapus terbaik untuk diri kita….Sentiasa mendampingkan diri dengan Tuhan, cinta padaNya adalah cinta yang sentiasa abadi…Semoga kamu lebih kuat melawan setiap kata-kata negatif yang terbisik di hatimu.

Ajal dan maut di tangan Tuhan, dari Dia kita datang dan kembali. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah tersirat.