Ibu bapa….ambil perhatian ya! Kes HFMD (Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut) semakin meningkat kadarnya di negara kita. Ramai lagi di antara ibu bapa ini tidak sedar akan betapa seriusnya peyakit ini hingga boleh membawa maut!

Sebenarnya, penyakit ini menjangkiti kanak-kanak yang berusia di bawah 5 tahun. Ianya tersebar melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur dan najis kanak-kanak yang dijangkiti. Ia juga boleh dijangkiti melalui sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Kanak-kanak yang dijangkiti akan mengalami petanda-petanda seperti demam, kurang selera makan, ulcer di mulut dan ruam di tapak tangan atau kaki. Perkara yang lagi membimbangkan ialah penyakit ini boleh menyebabkan komplikasi lain seperti radang otak dan jantung!

Ada di antara anak-anak mendapat petanda seperti yang saya sebutkan? Segeralah ke klinik berdekatan! Anda juga dinasihatkan tidak membawa anak yang tekena jangkitan ini ke tempat awam seperti pusat membeli belah, taman permainan, sekolah, taska dan sebagainya. Apa langkah keselamatan yang perlu dilakukan untuk mengelakkan terkena jangkitan ini? Anda boleh mendidik anak supaya sentiasa membasuh tangan sebelum dan selepas makan, selepas menggunakan tandas dan selepas mencuci najis. Penggunaan sanitizer juga digalakkan supaya kanak-kanak lebih selamat. Ajar mereka untuk menutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin. Sentiasalah menjaga kebersihan di rumah dan membasuh alat mainan anak-anak anda. Begitu juga dengan pengasuh sentiasa perlu pastikan pusat asuhan mereka bersih dan alatan yang digunakan oleh kanak-kanak juga terhindar dari kekotoran.

Saya ingin menyeru kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia, YB Tuan Gobind Singh Deo, supaya mewujudkan satu iklan komersial supaya ibu bapa atau penjaga kanak-kanak lebih menitik beratkan hal ini dengan lebih serius. Dalam pada masa yang saya sama kita dapat mewar-warkan hal ini di peringkat nasional dengan memberi kesedaran sepenuhnya kepada satu Malaysia. Kementerian Pendidikan juga beperanan menyebarkan hal ini di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan tentang virus ini. Guru-guru di sekolah perlu diberi pengetahuan tentang virus ini supaya tidak merebak kepada kanak-kanak yang lain. Pembentangan tentang isu ini setiap hari di sekolah selama 10 minit amat bermanfaat supaya kita sentiasa perihatin dengan gejala ini. Kementerian Kesihatan turut memainkan peranan penting dalam mengumumkan info kawasan terkini setiap hari yang mula dijangkiti virus HFMD. Saya berharap  dengan kerjasama semua kementerian dan agensi berkaitan di Malaysia akan bersama mempertingkatkan lagi langkah-langkah pencegahan dan kawalan serta memberi penekanan tentang virus ini di mata negara kita.