Merokok? Vandalisme? Minum arak? Merempit? Memukul? Mungkinkah bagi remaja-remaja ini dengan membuat perkara kurang bermoral dapat menenangkan fikiran mereka? Memuaskan hati mereka? Kenapa perlu memberontak dan menconteng arang di muka keluarga?

jika perkara yang melibatkan masalah anak muda ini…siapa yang dipersalahkan? Tak lain tak bukan, ibu bapa. Ibu bapa sering bermasalah dalam tidak meluangkan masa bersama anak-anak. Jadi anak muda ini terlebih masa bersama rakan-rakan dan jika mereka tersalah bergaul, mereka mudah dipengaruhi dengan aktiviti yang tidak baik. Dalam masa yang sama, kita tidak boleh juga salahkan ibu bapa kerana kini mereka kebanyakannya terpaksa bekerja untuk kebendaan seperti membayar duit rumah, kereta, membeli keperluan dan makanan di rumah, membayar segala bil dan keperluan sekolah serta keperluan anak-anak dan banyak lagi. Kasihan ibu bapa yang seharian letih bekerja dan anak-anak tidak mendapat perhatian serta kasih sayang secukupnya….

Sebab itulah ada ibu bapa terpaksa serahkan hal ini kepada pihak guru untuk memantau anak mereka. Walhal sebenarnya guru juga tidak menang tangan untuk mengawal semua pelajar. Anak muda ini bersifat lebih agresif, jika kita marah dan rotan mereka mula memberontak, berdendam dan mengenakan guru. Kementerian Wanita khususnya perlu mengambil peranan penting dalam menjayakan program untuk anak muda ini. Mungkin dengan menubuhkan kelab untuk anak muda sertai dapat mengurangkan masalah remaja yang kurang bermoral. Contohnya adanya kelab seni atau kelab sukan, sesiapa sahaja bebas untuk sertai.

Anak-anak muda saya nasihatkan lihatlah dan perhati keringat orang tuamu…buat ibu bapa dengarlah rintihan anakmu walau seminit luangkan sebentar mendengar kisah harian mereka….buat guru terima kasih sudi memantau pelajar-pelajarmu di sekolah….di sini kita sama-sama berperanan membantu antara satu sama lain untuk mewujudkan modul insan yang lebih cemerlang dan produktif!