“Roti canai satu, teh tarik satu!”

“Nasi lemak dan kopi o satu!”.

Ini adalah antara menu-menu kegemaran harian rakyat Malaysia. Katanya sarapan perlu makan kenyang-kenyang. Bayangkan sarapan makan berat, tengah hari makan berat juga, minum petang ada kuih-muih. Malam sambung makan nasi lagi dan sebelum tidur kena mengunyah juga. Haaaaa mana lah tak terdedah kepada penyakit diabetis?

Nenek-nenek moyang kita dulu kurang mendapat penyakit. Kebanyakannya masih sihat dan boleh berkebun lagi! Kenapa bole jadi macam tu? Saya tak dapat menafikan fakta bahawa orang zaman dahulu masih kuat disebabkan cara kehidupan mereka yang bekerja sambil mengeluarkan peluh. Orang dulu kebanyakannya berkebun, berniaga, menuai padi, menorah getah dan macam-macam lagi. Orang zaman kini kebanyakannya semua kerja di pejabat, ada air-cond dan sehari suntuk menghadap komputer. Sambil makan, kita buat kerja. Jadi semua makanan yang ada dalam perut kebanyakannya menjadi lemak sebab ianya tidak dibakar dengan membuat aktiviti berpeluh. Bersenam pun jarang-jarang, memang tidak ada rutin gaya hidup sihat la kalau macam itu!

Cuba tengok gaya orang barat, mereka bersarapan pun makan sandwich saja dalam saiz yang kecil bersama jus oren. Makan tengah hari pun mereka ambil sedikit kentang, sayur, daging dan sedikit buah-buahan dalam satu pinggan. Minum petang mereka kebiasaannya minum tanpa gula. Bukan macam kita, dah sedap bertambah-tambah pula. Dalam badan kita, kita hanya perlukan sedikit protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan fibre. Jika terlebih makan, yang lain itu akan menjadi simpanan dan dalam banyak keadaan boleh membahayakan kesihatan.

Bagaimana mahu ubah cara pemakanan kebanyakan masyarakat kita sekarang? Siapa, kementerian mana atau institusi mana yang dapat menolong? Kita bersambung kemudian.