“Kau jangan uji kesabaran aku!”

“Kau memang nahas kali ni!”, antara ayat-ayat yang menunjukkan seseorang itu sedang marah. Marah ni ada jenis dan tahapnya ke? Marah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Marah yang ekstrem merujuk kepada individu yang di mana mereka tidak dapat mengawal emosi sehingga memukul seseorang. Marah yang agresif merujuk kepada mereka yang bertindak mencampakkan sesuatu barang yang berada di sekeliling mereka. Terdapat juga jenis marah yang melibatkan individu tersebut berasa terlampau geram hingga menahan emosi yang telampau dan berdendam. Ini kemungkinan boleh membuat mereka hilang kawalan lalu mencederakan diri sendiri.

Apa punca-punca menyebabkan seseorang itu boleh marah di tahap yang teruk? Antara punca-puncanya ialah mereka ini tidak boleh mengawal emosi. Mereka juga tidak pernah mendidik diri sendiri dan menerapkan nilai kesabaran dalam diri sejak kecil lagi. Ada yang terlalu dimanjakan dan diberi apa sahaja yang dipinta. Apabila seseorang tidak pernah kecewa atau gagal, perasaan marah juga boleh wujud dalam dirinya. Kesihatan mental juga mempengaruhi seseorang itu ber sikap marah dan panas baran.

Ada cara ke nak redakan kemarahan ini? Saya risau kalau kemarahan saya ini boleh membuat orang yang saya sayang menjauhkan diri….

Di sini saya berikan beberapa tips untuk kita bersama praktikkan. Apabila anda sedang marah, segera jauhkan diri anda daripada orang yang kena marah dengan anda. Beri masa untuk anda bersendirian. Anda juga boleh mendengar muzik untuk tenangkan diri. Jika anda marah dengan orang yang anda sayang, ingatilah saat-saat manis yang anda telah lalui bersamanya. Jangan berdendam dan sentiasa berfikiran positif. Anda juga boleh mendapatkan khidmat kaunseling untuk memotivasikan diri supaya boleh mengawal emosi. Selalulah senyum, kerana senyum mampu menghilangkan perasaan ketidakstabilan emosi kita. Memaafkan orang lain adalah tindakan sangat wajar yang patut diamalkan. JIka anda membenarkan rasa marah dan perasaan negatif menguasai diri anda, selagi itulah anda gagal menjadi orang yang bahagia. Kawal dan hindar sebelum terlewat!