Semasa berpantang selepas bersalin, lada hitam terasa sangat nikmat apabila kita makan dengan nasi panas kan? Memang menaikkan selera. Tambahan pula, lada hitam membantu menurunkan berat badan. Ia merangsang pecahan sel-sel lemak. Kemudian pakai bengkung pula, memang tidak mustahil kita dapat semula bentuk benda asal seperti anak dara. Tapi, kenapa amalkan waktu berpantang saja? Kenapa tidak teruskan dijadikan menu bersama lauk-pauk anda? Banyak khasiat lada hitam yang tidak diketahui orang ramai.

Lada hitam juga membantu proses pencernaan. Ia membuat kita tidak mengalami masalah kembung perut dan sembelit. Kini, hanya kaum Cina yang menjadikan lada hitam sebagai rempah dalam makanan mereka. Mengapa kita tidak mempraktikkan amalan makan lada hitam ini. Walaupun kita dari keturunan etnik yang berbeza, tetapi kita juga boleh belajar dan mengamalkan apa yang membuatkan kita sihat.

Lada hitam yang bersifat panas sangat sedap dicampur ke dalam sup. Ia membantu melegakan hidung tersumbat, selsema dan demam. Lada hitam turut mempunyai kandungan vitamin C, vitamin A dan pelbagai kandungan aktioksidan yang melindungi tubuh dari serangan pelbagai penyakit. Jadi jom kita amalkan pemakanan si lada hitam!