“Ayah, nak handphone….” Pinta anak itu kepada ayahnya.
“Abang, jaga anak sekejap…nak buat tiktok, nak bigolive”, kata isteri kepada si suami.
“Sayang, abang nak tukar kereta lah…jiran sebelah dah tukar kereta baru, abang pun nak tukarlah yang lagi canggih dan mahal!” ujar si suami kepada isterinya.
 
Anda perasan tak? Kita kini memang moden serba-serbi dalam kehidupan. Begitu juga masyarakat serba moden menggunakan teknologi tekini, boleh berniaga online 24jam tanpa membuka kedai. Boleh mendapatkan apa sahaja servis dengan kadar segera, kemudahan awam yang semakin canggih serta pantas dan sebagainya. Tetapi dalam kehidupan kita, adakah kita sedar bahawa pemodenan ini digunakan sebagai keperluan atau untuk kepuasan hati sendiri? Adakah kita memerlukannya disebabkan untuk bersaing dan menunjuk? Dan kini rata-rata individu suka viral diri mereka sendiri melakukan sesuatu yang bodoh untuk mendapatkan nama dan menaikkan jenama. Kenapa boleh terjadi sampai macam ni? Semua orang lebih mementingkan teknologi sehingga terlepas melakukan urusan dengan Tuhan dan berhubungan sesama sendiri.
 
Apa yang saya perasan anak muda kini suka tinggal berasingan dari keluarga sendiri kononnya ingin berdikari, rupa-rupanya jauh dari ibu bapa supaya dapat kebebasan! Inilah salah satu penyebab punca peningkatan masalah-masalah tertentu yang tidak disenangi oleh ibubapa. Ibu bapa juga semakin sibuk bekerja hingga tiada masa untuk melayan anak-anak. Jika ada masa yang terluang di rumah, masing-masing sibuk dengan gadget mereka. Masa yang berkualiti dihabiskan dengan melayan media sosial sehari suntuk sehingga terlebih batas. Ini juga boleh menyebabkan masalah rumah tangga terjadi kerana suami isteri tidak berkomunikasi antara satu sama lain. Trend terkini membuat tik tok dan bigolive, rata-rata saya perasan kaum wanita yang bergelar isteri juga sibuk upload diri mereka berjoget sana sini.
Yang saya lagi hairan, mereka ini ada penyokong mereka sendiri. Penyokong mereka turut menyatakan bahawa ini antara dirinya dengan Tuhan, tiada kena mengena dengan orang lain. Sudah tentu ada kena mengena! Kalau hanya berseronok biasa tak apa tapi kalau mendatangkan masalah, fikirkan samada aktiviti ini mendatangkan faedah atau tidak.
 
Dunia kemodenan wajar ditangani dengan iman dan takwa. Ilmu dan amal menjadi ukuran kepada hidup yang memerlukan amalan bertoleransi berlandaskan jalan yang benar. Tak usah berbangga dengan apa yang kita miliki kerana perasaan bongkak dan sombong ini akan membuat kita terpesong jauh dari kehidupan….Kebahagiaan bukan diukur dari kepuasan memiliki satu kebendaan.