Penatnya! Awal-awal pagi lagi dah bangun bersiap untuk hantar anak-anak ke pengasuh dan ke sekolah, lepas tu pergi kerja..lepas balik kerja ambil mereka pula. Balik rumah kena memasak, basuh baju, sidai baju, lipat baju lagi..layan anak-anak, tidurkan anak-anak..semuanya tak terkejar! Macam mana nak jadi ibu bekerjaya yang tenang lakukan semua ini ya?

Wanita yang bekerja sambil menguruskan rumah tangga memang memerlukan kekuatan fizikal dan emosi yang kuat. Bayangkanlah mereka terpaksa berkejar masa untuk pastikan tidak lewat menghantar anak-anak ke sekolah dan pastikan diri sendiri tidak lewat sampai ke tempat kerja. Pelbagai tentangan terpaksa dihadapi untuk mengimbangkan kerjaya dan rumah tangga. Bukan sahaja kekurangan ‘me time’, tetapi kesihatan juga lupa diutamakan kerana sibuk dengan aktiviti yang banyak.

Di sini saya sarankan beberapa tips untuk anda jadi supermom yang hebat! Tetapkan keutamaan untuk setiap tugasan anda, kategorikan kepada 4 kategori iaitu tugas yang amat penting, tugas kurang penting,  tugas yang perlu dilakukan segera dan tugas yang boleh dilakukan kemudian. Dengan cara ini, anda dapat membuat kerja dengan lebih laju dan cepat. Selesaikan tugas yang penting dan segera dahulu, diikuti perkara yang kurang penting. Untuk lebih effisien supaya anda tidak terlepas melakukan tugasan yang penting, anda boleh menampal nota di tempat yang mudah dilihat. Jangan biasakan diri untuk menangguhkan kerja atas alasan malas. Selesaikan mana-mana urusan dengan secepat yang mampu. Jangan lupa cari waktu untuk diri sendiri. Anda boleh memperuntukkan sedikit masa untuk bersarapan di luar atau berkelah bersama keluarga di hujung minggu..atau pun meluangkan masa bersama rakan-rakan sementara si suami menjaga anak-anak di rumah. Bagi suami yang memahami dan menghargai isteri bolehlah memberi sedikit penghargaan dengan menghantar isteri ke spa kecantikan atau kecergasan. Ia amat bermakna buat diri si ibu untuk menikmati ‘me time’.

Yang penting sayangi diri anda. Diri sendiri perlu diberi perhatian terutamanya dari segi kesihatan, kebersihan dan penampilan. Anda boleh mengamalkan cara pemakanan yang teratur dan seimbang. Anda juga boleh mengambil supplement untuk menambahkan tenaga supaya menjadi lebih cergas. Jangan merasakan diri anda bukan seorang ibu yang baik kerana tiada siapa pun yang sempurna di dunia ini. Cuma kita boleh menjadi sempurna di mata anak-anak. Sokongan suami juga diperlukan bagi meringankan tugas-tugas si isteri. Sentiasa tenang dan positif supaya anda jadi ibu yang sentiasa bahagia…..