Malunya nak keluar jumpa kawan-kawan! Muka menggerutu..tak licin pun macam orang lain..dah macam-macam produk guna macam tu juga..membazir je beli! Nak buat apa ni, tak kan selamanya kulit muka saya macam ni? Kusam tak cantik!

Selalunya ramai orang tidak sedar punca berlakunya whitehead dan blackhead, cara penyelesaian mereka hanya picit menggunakan jari sahaja. Jika anda picit menggunakan jari sudah tentu tempat lain akan terkena jangkitan kuman dan membuat whitehead dan blackhead ini terjadi berterusan. Gunakan alatan khas untuk mengeluarkan whitehead/blackhead ini atau gunakan pore mask/pore strip untuk keluarkannya tanpa berasa sakit. Jom kita kaji bagaimana whitehead dan blackhead boleh terjadi.

Whitehead terbentuk apabila bukaan liang pori-pori sempit dan minyak yang terkumpul tidak dapat keluar ke permukaan kulit lalu keluar benjolan berwarna putih. Blackhead berlaku apabila ada bukaan yang besar pada pori-pori, berminyak dan sedikit terkeluar dan teroksidasi. Ini menjadikannya berwarna hitam. Whitehead dan blackhead kebiasaanya banyak keluar di kawasan hidung dan dahi.

Apa punca whitehead dan blackhead ini ya? Oh ianya boleh berlaku disebabkan badan kita sendiri yang terlalu banyak makan makanan bergoreng/berminyak. Jadi kurangkan pengambilan makanan bergoreng/berminyak..Hormon yang tidak stabil juga adalah salah satu sebab whitehead dan blackhead terjadi. Individu yang kurang minum air putih juga mudah mendapat whitehead dan blackhead. Apabila air tidak cukup dalam badan, badan kita tidak dapat detox. Badan yang bertoksin akan menyebabkan berlakunya whitehead, blackhead dan jerawat..Minum air putih membuatkan kulit lebih segar!

Punca seterusnya, muka dicuci tidak cukup bersih. Pastikan jika anda mahu menghilangkan make up di muka anda tanggalkan solekan dengan mengunakan make up remover terlebih dahulu. Ianya bagi menjamin kebersihan ke liang roma kulit. Anda juga boleh bersihkan wajah dengan lebih yakin dengan menggunakan berus facial pembersih khas. Ianya lebih bersih dan mudah. Penggunaan salah beli produk make up juga menjerumus ke masalah ini. Jika kita memakai bedak/blusher/foundation yang tidak sesuai dengan kulit, muka kita akan berminyak dan membuat whitehead dan blackhead ini terjadi.Tips mudah dari saya yang kadang-kadang kita terlepas pandang..harap ianya dapat menolong anda!