‘Lense’ warna kelabu? Biru atau perang? Saya nak cantik macam artis dalam TV tu! Warna mana yang sesuai ya? Dekat online jual RM15 sahaja sepasang?? Murahnya! Jom kawan-kawan kita beli!! Apabila bercakap tentang kecantikan risiko terhadap penjagaan kesihatan diri sendiri kurang di ambil perhatian..katanya ‘pain is beauty’..

Memanglah kita akan nampak berbeza dan lebih menarik tetapi jika kualiti yang anda pakaikan pada mata anda ialah kualiti yang murah sudah tentu ianya sejenis produk berbahaya/toksik dan kurang  kualiti. Tambahan pula, jika si pemakai kurang berilmu dalam penjagaan contact lense ini, ada yang memakai sewaktu tidur, ada yang memakai contact lense seharian dan tidak mengambil langkah penjagaan contact lense dengan betul. Ini boleh membuatkan anda mendapat jangkitan kuman atau terjadi iritasi, sakit atau mata menjadi merah. Paling kritikal ia boleh mengakibatkan luka pada kornea mata dan boleh jadi buta!

Saya faham kenapa sesetengah individu, mereka terpaksa memakai contact lense untuk menjalani kehidupan kerana ianya lebih selesa dan tidak akan terjatuh semasa bermain, menari atau bersenam. Ia juga tidak akan berkabus seperti apabila memakai cermin mata. Saya sarankan, kepada mereka yang masih ingin memakai contact lense ini tahu tentang cara penjagaan contact lense. Pastikan anda terhadkan pemakaian untuk 8 jam sehari. Jangan sesekali pakai waktu tidur dan jangan pakai contact lense yang sudah tamat tempoh. Gunalah contact lense yang berkualiti . Gunalah contact lense yang berkualiti sebab terdapat lense yang boleh dipakai untuk sehari, sebulan, 3 bulan atau paling lama 6 bulan dijual di pasaran walaupun harganya sedikit mahal, sayangi mata anda kerana ia cukup berharga dan jagalah sebaiknya..