Rasa lesu dan letih apabila terlantar di hospital selama beberapa hari disebabkan terkena penyakit demam denggi..tiada pilihan lain selain menyerah diri di hospital kalau terkena denggi ni..kalau dibiarkan boleh membawa maut!

Di Malaysia, kira-kira 34 ribu kes Denggi berlaku pada tahun 2017, dan jika dibandingkan untuk tempoh yang sama tahun ini, kesnya berkurangan sikit tapi masih lagi pada kadar jumlah yang tinggi. Punca utama penyakit ini berleluasa ialah terdapatnya air bertakung yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Longkang-longkang di sekitar taman yang dipenuhi sampah juga boleh menyebabkan air bertakung.

Beberapa simptom untuk mengenal pasti kita terkena demam denggi ini ialah kerap sakit kepala, terasa sakit-sakit di bahagian otot dan sendi, muntah dan cirit-birit, ada ruam kemerah-merahan, rasa letih dan lesu, kurang selera makan dan demam berpanjangan. Segeralah dapatkan rawatan jika anda terkena simptom-simptom ini.

Di hospital, hari-hari jururawat akan membuat ‘blood test’ untuk pantau platelet darah kita..doktor akan memantau dan akan memberi keizinan bagi kita untuk pulang ke rumah jika jumlah platelet darah tinggi melebihi 120..Walaupun hampir 10 botol air yang dimasukkan “drip” ke dalam tubuh kita, kita juga perlu ikhtiar sesuatu untuk menaikkan jumlah platelet darah tersebut. Banyak petua yang diberi oleh doktor sendiri, antaranya minum air masak, minum air 100 Plus Edge, makan sup ketam (ini saya tidak berapa sarankan kepada individu yang ada alergik dengan makanan laut) dan juga minum jus daun betik.

Setiap individu mempunyai kekuatan antibody yang berlainan untuk melawan penyakit demam denggi ini..jadi kita sendiri perlu kuat untuk melawan penyakit ini..Pastikan kawasan sekeliling anda bebas dari tempat air bertakung untuk mengelakkan jangkitan ini berlaku lagi..