Sakitnya pinggang ni….’Miss V’ rasa denyut-denyut..kepala pening, rasa loya.. sakit sampai bergolek-golek ni..tak tahan!! Tiap bulan kena tak larat la..macam mana nak kurangkan sakit senggugut ni ya?

Simptom yang dialami setiap bulan sama ada sebelum atau semasa haid memang membuatkan kita sebagai wanita merasa tidak keruan dan sering ‘moody’..Kenapa rasa sakit bila datang haid? Uterus akan mula bekerja keras apabila kitaran haid bermula. Ini menyebabkan pengaliran darah dalam rahim tidak berjalan lancar dan mencetuskan rasa sakit. Ketulan darah yang besar membuatkan kita berasa lebih sakit.

Ada tips kurangkan sakit senggugut tak? Mesti ada..saya sarankan anda untuk tuam menggunakan pad pemanas atau botol berisi air suam diletakkan pada kawasan bawah perut yang sakit. Ini dapat membantu melegakan otot rahim anda. Anda juga boleh minum air panas seperti air teh atau milo bagi melancarkan perjalanan darah anda. Pastikan anda berehat secukupnya jika anda mengalami sakit belakang semasa haid. Untuk mengelakkan ‘mood swing’ semasa haid, anda boleh makan ‘evening primrose oil’. Kalau makan coklat boleh hilangkan mood swing juga ke? Sebenarnya tidak..coklat hanya berikan anda rasa tenang buat sementara waktu, dan untuk wanita yang ada penyakit diabetis saya tidak sarankan anda untuk makan coklat sebagai cara hilangkan mood swing anda.

Jika anda masih lagi mengalami senggugut teruk segeralah berjumpa dengan doktor atau pakar sakit puan sebelum terlambat. Kemungkinan ada penyakit lain yang membuatkan anda mengalami senggugut yang teruk. Rahim adalah aset wanita yang berharga, jagalah dan utamakan kesihatan diri anda..