Baru-baru ini kes penderaan terhadap bayi kerap terjadi. Tragedi terbaru di mana bayi 5 bulan ditemui meninggal dunia di rumah pengasuh. Bayi tersebut disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu. Melalui hasil post-mortem, bayi malang itu meninggal dunia akibat kecederaan di kepala hasil daya objek tumpul, mayat bayi tersebut turut mempunyai kesan retak dan pendarahan di bahagian kepala. Ini buatkan saya terfikir..adakah bayi tersebut didapati meninggal dunia selepas penderaan, kemudian dimasukkan dalam peti ais? atau bayi itu masih lagi bernafas, pengasuh panik dan terus bertindak membungkus bayi itu lalu masukkan dalam peti ais bahagian sejuk beku dan ini membuatkan bayi meninggal dalam peti ais? Ibu yang bekerja ini memberi amanah kepada pengasuh untuk menjaga anak mereka. Mengapa pengasuh ini boleh bertindak di luar jangkaan?

Bagaimana kita mahu memilih pengasuh yang betul-betul dapat menjaga anak kita sebaiknya? Di sini saya usulkan beberapa kriteria yang perlu ada pada seorang pengasuh dan tips yang anda perlu tahu yang mungkin dapat membantu anda untuk mecari pengasuh yang baik..

Anda boleh cari beberapa orang pengasuh sebagai ‘back up’ jika pengasuh anda mahukan tidak dapat ditemui. Dapatkan nombor telefon pengasuh-pengasuh untuk anda hubungi..dari situ anda akan dapat berbual tentang pengalaman mereka dalam penjagaan anak-anak. Sebelum membuat keputusan untuk memilih pengasuh, pastikan anda pergi ke rumah semua pengasuh yang telah anda hubungi dahulu bersama-sama dengan anak anda. Dari sini, anda dapat bezakan pengasuh mana yang terbaik untuk anak anda. Setibanya anda di rumah pengasuh, perhatikan suasana sekeliling rumah mereka..adakah bersih dan selamat? Jangan lupa nilai dan lihat reaksi pengasuh terhadap anak kita semasa berjumpa, adakah mereka betul-betul ada perasaan suka akan kanak-kanak? Untuk lebih meyakinkan diri anda, anda boleh bertanya pada jiran-jiran terdekat tentang pengasuh tersebut dan tahu serba sedikit pasal dirinya. Cara ini mungkin mengambil sedikit masa tapi yang penting demi keselamatan anak kita, kita perlu ikhtiar yang terbaik.

Adakah pengasuh-pengasuh di Malaysia perlu memiliki lesen dan mendaftarkan diri mereka di bawah persatuan yang akan menyimpan data-data peribadi pengasuh serta memberi kursus penjagaan asas kanak-kanak? Saya berharap kerajaan dapat mewujudkan program ini supaya pengasuh lebih berhati-hati dan takut dengan undang-undang dan bukan hanya bekerja sambil lewa demi wang setiap bulan.